web statsweb stats

Berita Terkini

12 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 12 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Bila Kerajaan Mahu Tubuh RCI Tommy Thomas, Harap Tidak Wujud Konspirasi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 30 May 2023 2:41PM

Tommy Thomas - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pelbagai pihak mula mempersoalkan tindakan Kerajaan Perpaduan yang masih belum menubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bagi menyiasat buku tulisan Tan Sri Tommy Thomas, My Story: Justice In The Wilderness. 

Ahli Majlis Kerja Tertinggi (MKT) UMNO, Datuk Puad Zarkashi berkata, rakyat ketika ini tertunggu-tunggu bilakah kerajaan akan menubuhkan RCI walaupun ia sudah dipersetujui Januari lalu. 

Puad Zarkashi - Gambar fail
Puad Zarkashi - Gambar fail

“Bila agaknya RCI Tommy Thomas akan bermula? Rakyat tertunggu tunggu. Malaysia terkenal dengan justice delay. Kes (Tan Sri) Zeti, suami Zeti dan Hakim (Datuk Mohd) Nazlan (Mohd Ghazali) terus senyap.

“Mana mungkin pejabat Peguam Negara tidak efisien,” katanya menerusi hantaran di Facebook hari ini. 

Terdahulu, Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Undang-Undang dan Reformasi Institusi), Datuk Seri Azalina Othman Said berkata, RCI bagi menyiasat buku mantan Peguam Negara itu belum ditubuhkan.

Beliau berkata, kerajaan telah menyatakan persetujuan penubuhan RCI bagi meneliti secara menyeluruh isu berkaitan integriti serta kebebasan kehakiman dan perundangan negara.

Susulan penangguhan, Puad yang juga Speaker Dewan Undangan Negeri (DUN) Johor turut mempersoalkan sekiranya wujud pelbagai halangan dari dalaman (pimpinan atasan)  bagi menubuhkan RCI tersebut.

“Semoga tidak wujud konspirasi dan kedegilan. Justeru segerakan pemisahan antara Jabatan Pendakwaraya dan Jabatan Peguam Negara.

“Rakyat tidak mahu Malaysia dilanda “terkejut beruk” 2.0,” katanya lagi.

Untuk rekod, buku tulisan Thomas yang diterbitkan pada Januari 2021 mengundang kritikan beberapa pihak termasuk Peguam Negara, Tan Sri Idrus Harun.

Beberapa laporan polis turut dibuat ke atas buku tersebut.

Memoir berkenaan mencetuskan kontroversi apabila Tommy antara lain mendakwa, beliau mengadakan perbincangan bersama bekas perdana menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad ketika kedua-duanya dalam kerajaan untuk melantik Ketua Hakim Negara, Presiden Mahkamah Rayuan dan Hakim Besar Sabah dan Sarawak.

Media sebelum ini melaporkan, buku tersebut kini kembali berada di pasaran apabila Jemaah Menteri menyahklasifikasikan hasil siasatan itu pada 13 Oktober tahun lalu. – Getaran, 30 Mei 2023.


 

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Luar Negara 10 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 11 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad