web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kos Operasi Masyair Kekal Hingga 2025

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 1:32PM

Syed Saleh Syed Abdul Rahman - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MAKKAH - Kos operasi Masyair kekal hingga 2025 selepas Tabung Haji (TH) dan syarikat muassasah, Mashariq menandatangani kontrak perjanjian aras khidmat (SLA) selama tiga tahun bermula tahun ini.

Operasi Masyair adalah kemuncak kepada keseluruhan operasi haji yang melibatkan pergerakan jemaah haji Malaysia ke Arafah, Mina, Muzdalifah dan Makkah selama lima hari bermula 8 hingga 13 Zulhijjah bagi  menyempurnakan ibadah rukun dan wajib haji.

Tanpa mendedahkan jumlah kos berkenaan, Ketua Rombongan Haji Malaysia Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata perjanjian itu antaranya melibatkan keselesaan khemah di Arafah dan Mina, kemudahan tandas, kualiti sajian, kelancaran pergerakan bas serta waktu melontar di Jamrah.

“Dalam usaha TH menangani kenaikan kos setiap tahun yang dihadapi, inilah antara usaha kita memasuki kontrak untuk jangka masa panjang bukan dalam bentuk tahunan.

“Ia dapat mengawal dari segi kenaikan kos kerana kos yang telah dimeterai bersama ini adalah satu harga yang ditetapkan untuk tiga tahun, harganya sama untuk ketiga-tiga tahun tersebut,” katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri majlis ta’aruf rombongan haji Malaysia dengan syarikat Mashariq bagi musim haji 1444 Hijrah di sini.

Bagaimanapun, Syed Saleh menjelaskan kos operasi Masyair itu hanya sebahagian daripada kos keseluruhan haji yang turut meliputi pembiayaan lain seperti penginapan, penerbangan selain bayaran wajib kepada kerajaan Arab Saudi.

Sementara itu, Pengerusi Mashariq Adnan Hussain Mandourah berkata syarikat tersebut akan berkerja sebagai satu pasukan dengan TH untuk berkhidmat kepada jemaah Malaysia.

“Kami meletakkan tekanan kepada diri sendiri untuk menjadikan perkhidmatan tersebut lebih baik dan semakin baik melebihi jangkaan daripada saudara saudari kita di Malaysia,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 6 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 10 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad