web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suspek Kes Bunuh, Bakar Disambung Hingga Jumaat - Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 1:26PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Tempoh tahanan reman ke atas suspek kes bunuh di Sungai Besar di Selangor disambung sehingga Jumaat ini.

Ketua Polis Daerah Sabak Bernam, Superintendan Agus Salim Mohd Alias berkata, kebenaran untuk melanjutkan tempoh reman itu dikeluarkan Mahkamah Majistret Kuala Selangor hari ini.

Menurut beliau, siasatan kes masih berjalan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.

“Polis akan merujuk kertas siasatan kepada pejabat Timbalan Pendakwa Raya bagi membolehkan suspek didakwa,” katanya, seperti dilaporkan Kosmo!. 

Suspek yang juga seorang pemuda berusia 20 tahun disyaki membunuh dan membakar teman wanitanya di sebuah kebun kelapa sawit di Kampung Sungai Limau di Sungai Besar.

Kosmo! melaporkan, suspek yang mengenakan pakaian seragam lokap berwarna ungu terdahulu tiba di mahkamah dengan kawalan ketat polis pada jam 8.10 pagi.

Dalam perkembangan berkaitan, Agus Salim turut meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi atau memberikan kenyataan yang tidak sahih, khususnya di media sosial.

“Semua spekulasi itu akan mengganggu siasatan yang sedang berjalan.

“Polis tidak akan teragak-agak membuka kertas siasatan ke atas sesiapa terlibat (menyebarkan spekulasi) mengikut Seksyen 505 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998,” tegasnya.

Tragedi menimpa mangsa yang merupakan pelayan restoran berusia 21 tahun itu menggemparkan seluruh negara, apabila mayatnya dengan kesan bakar ditemui di sebuah ladang kelapa sawit.

Mangsa dipercayai dibunuh teman lelaki kerana enggan menyembunyikan kandungannya yang sudah berusia empat bulan.

Selain dipukul, suspek juga dikatakan membelah perut mangsa bagi mengeluarkan janin terbabit. 

Jenazah mangsa yang merupakan anak kelima daripada enam beradik tersebut selamat dikebumikan di 

di Tanah Perkuburan Islam Kampung Nelayan Sungai Besar, Jumaat lalu. - Getaran, 29 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 3 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 3 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 7 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad