web statsweb stats

Berita Terkini

3 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 3 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


TPM Fadillah Tiba Di Brussels Untuk Lawatan Rasmi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 9:26AM

Fadillah Yusof - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

BRUSSELS - Timbalan Perdana Menteri merangkap Menteri Perladangan dan Komoditi Datuk Seri Fadillah Yusof tiba di Brussels, Belgium pada 5.30 pagi waktu Malaysia untuk lawatan rasmi dan misi perdagangan ke Kesatuan Eropah (EU).

Turut menyertai lawatan pertama beliau ke Eropah sejak memegang jawatan itu ialah Pengerusi Lembaga Minyak Sawit Malaysia (MPOB) Datuk Mohamed Helmy Othman Basha, Pengerusi Majlis Minyak Sawit Malaysia (MPOC) Datuk Carl Bek-Nielsen serta Timbalan Menteri Perancangan Bandar, Pentadbiran Tanah dan Alam Sekitar Sarawak Datuk Len Talif Salleh.

Misi ke EU adalah misi bersama dengan kerajaan Indonesia di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC).

Pada 9 Feb 2023 di Jakarta, Indonesia, Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Koordinator Hal Ehwal Ekonomi Indonesia Dr (HC) Ir Airlangga Hartarto telah bersetuju untuk melindungi kepentingan sektor minyak sawit dengan memperkukuh usaha dalam menangani diskriminasi terhadap minyak sawit.

Ia sebagai tindak balas kepada pelaksanaan Peraturan Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) yang diumumkan EU pada 6 Dis 2022 bertujuan untuk mencegah penebangan hutan bagi aktiviti pertanian.

Semasa misi di Brussels, kedua-dua menteri dijangka mengadakan pelbagai mesyuarat dan sesi libat urus dengan pemimpin tertinggi EU untuk menjelaskan pendirian negara-negara anggota CPOPC mengenai pelaksanaan EUDR, yang bukan sahaja menyasarkan industri minyak sawit tetapi juga menjejaskan kehidupan berjuta-juta pekebun kecil.

Sebagai ahli CPOPC, Malaysia komited untuk terlibat secara aktif dalam platform ini dan meneruskan agenda menentang kempen negatif negara Barat terhadap minyak sawit.

Sesi libat urus dengan EU akan dipergiat bagi mencapai hasil yang diharapkan yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara pengeluar minyak sawit.

Dari Brussels, Fadillah akan menuju ke London, United Kingdom pada 31 Mei 2023 untuk lawatan empat hari.

Bagi lawatan rasmi beliau di London, Fadillah juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri yang berkaitan dengan sektor agrikomoditi di UK dan menteri-menteri lain.

Beliau juga akan menyampaikan ucap tama dalam Forum Minyak Sawit Mampan Antarabangsa  (ISPOF) anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI) dan Malaysia-Link UK.

Beliau juga akan melawat Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), yang merupakan satu daripada pusat penyelidikan dan pembangunan getah terkemuka dunia.

UK merupakan rakan dagang ke-23 terpenting Malaysia. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 22 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Luar Negara 1 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 23 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad