Berita Terkini

1 hari yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 6 hari yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 1 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok. 1 minggu yang lalu: Koc wanita bagi MRT laluan Putrajaya akan dilaksanakan bermula Isnin ini - Ketua Pegawai Eksekutif Rapid Rail 2 minggu yang lalu: Pengerusi Spanco Sdn Bhd, Tan Sri Robert Tan Hua Choon mengaku tidak bersalah atas pertuduhan menipu hingga mendorong MOF menganugerahkan kontrak urus kenderaan kerajaan bernilai RM3.9b, pada 2019

IKUTI KAMI


Fenomena Istiwa’ A’dzam: Orang Ramai Manfaat Peluang Semak Arah Kiblat

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 29 May 2023 7:15AM

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Falak) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan, Muhammad Saidul Marjuni (kanan) dan Pembantu Hal Ehwal Islam (Unit Falak) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Mohd Mustaqim Mohamed (dua, kiri) melakukan kerja semakan arah kiblat di Pusat Dagangan Dunia Kuala Lumpur sempena fenomena Istiwa Adzam yang berlaku jam 5.18 petang semalam. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Umat Islam di seluruh negara memanfaatkan peluang untuk menyemak ketepatan arah kiblat di lokasi masing-masing susulan fenomena Istiwa’ A’dzam pada 5.18 petang semalam.

Penolong Pegawai Hal Ehwal Islam (Unit Falak) Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan Muhammad Saidul Marjuni berkata Istiwa’ A’dzam adalah fenomena yang berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei (5.18 petang) dan 16 Julai (5.26 petang) apabila kedudukan matahari berada tepat di atas Kaabah di Mekah yang menjadi kiblat umat Islam ketika mendirikan solat. 

“Bayang yang dihasilkan oleh matahari pada ketika itu (masa yang ditetapkan pada kedua-dua tarikh tersebut), betul-betul tepat menghala ke arah kiblat.

“Kami sarankan umat Islam supaya memastikan ketepatan arah kiblat di rumah masing-masing agar kita dapat beribadah dengan lebih tepat dan sempurna,” katanya kepada pemberita selepas mendemonstrasikan kaedah menyemak arah kiblat kepada pengunjung Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur di Pusat Dagangan Dunia di sini.

Muhammad Saidul menerangkan kepada pengunjung di sini bagaimana arah kiblat boleh ditentukan berdasarkan arah bayang menggunakan beberapa objek yang lazimnya mudah didapati di rumah seperti benang, kertas dan batang penyapu atau apa-apa objek tegak. 

Di PULAU PINANG, Jabatan Mufti negeri telah mengeluarkan surat pekeliling kepada semua masjid untuk membuat semakan arah kiblat sempena fenomena Istiwa’ A’dzam susulan keputusan Jawatankuasa Fatwa Negeri.

Penolong Mufti Kanan (Falak) Jabatan Mufti Negeri Pulau Pinang Muhammad Haniff Baderun berkata sebanyak 33 masjid telah membuat semakan dan masih terdapat lebih 174 masjid yang perlu melakukan semakan semula arah kiblat terutama masjid yang dibina sebelum 1990-an.

Di SABAH, cuaca cerah di kebanyakan tempat membolehkan orang ramai di negeri di bawah bayu itu membuat semakan arah kiblat di rumah masing-masing.

Antara yang berkongsi pengalaman adalah Imam Masjid Ar-Akmar di Kota Kinabalu Mohd Muslihin Tamin, 64, yang berkata beliau bersama ahli jawatankuasa masjid telah memberitahu kepada ahli kariah masjid tentang fenomena Istiwa' A'dzam sejak minggu lepas.

Deiryll Jonisan, 27, seorang guru dari Gayang, Tuaran pula berkata dia teruja dengan fenomena semalam kerana membolehkan dirinya memeriksa arah kiblat yang sebelum ini dilakukannya dengan hanya menggunakan aplikasi telefon pintar.

Di SARAWAK, cuaca terik di sekitar Bintulu yang terletak di wilayah tengah negeri itu memberi peluang kepada orang ramai menyaksikan fenomena Istiwa’ A’dzam di Pusat Falak Bintulu.

Menurut Ketua Penolong Mufti Bahagian Falak di Jabatan Mufti Sarawak Razalie Hussaini, kira-kira 50 orang menyaksikan fenomena itu terdiri daripada pegawai pusat falak, pegawai jabatan mufti serta wakil masjid dan surau di sekitar Bintulu. 

Sementara itu, keadaan cuaca yang tidak mengizinkan di beberapa negeri menyukarkan usaha untuk menyemak semula arah kiblat.

Di KELANTAN, usaha beberapa jemaah dari Masjid Haji Mohamad Nor, Blok Pasir Puteh, Mengkebang di Kuala Krai tidak berhasil apabila cuaca mendung menyebabkan tiada bayang kelihatan di kawasan lapang berhampiran masjid tersebut.

Imam masjid itu Mohd Solleh Mohamad berkata segala persiapan telah dilakukan para jemaah awal pagi kerana tidak mahu melepaskan peluang melihat fenomena Istiwa' A'dzam.

Di JOHOR pula, cuaca mendung dan berawan menyebabkan bayang yang digunakan bagi menentukan arah kiblat tidak kelihatan jelas.

Ahli Kelab Astronomi Johor Azfanizam Abdul Aziz, 41, berkata meskipun bayang hanya kelihatan sedikit tepat 5.18 petang, namun ia tetap boleh digunakan sebagai panduan arah kiblat dengan menggunakan peralatan mudah iaitu objek tegak seperti sebatang pensel. - Bernama

Sorotan

1

JS-SEZ, SFZ Mampu Pacu Ekonomi Johor Atasi Negeri Lain – PM

2

Peluang PN Menang Di KKB Lebih Besar Kalau Calon Melayu - Sanusi

3

MCMC Ambil Keterangan Chegubard, Salim Iskandar Dan Papagomo

4

Tun Musa Teguh Dengan Prinsip, Integriti – PM

5

200 Ulama Nusantara Dijangka Hadiri Persidangan Ulama Sedunia Mei Ini

6

Penumpang Terkandas Di Lapangan Terbang Selepas Letusan Gunung Berapi Menyebabkan Pembatalan Penerbangan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

‘Banyak Agensi Haji Dan Umrah Beroperasi Tanpa Lesen’ - PAPUH

oleh Alfian Z.M. Tahir

Semasa 1 hari yang lalu

Beberapa Kawasan Di Seremban, Rembau Dilanda Banjir Kilat

Semasa 12 jam yang lalu

Belanjawan Pertahanan Beri Impak Penganjuran DSA, NATSEC Asia Untuk Kekal Relevan

Luar Negara 1 hari yang lalu

Cuaca Buruk Di UAE Sebabkan Penerbangan Lewat, Dibatalkan