web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Dakwaan Kru Kabin, Kapten Bertindak Kasar: MYAirline Mohon Maaf, ‘Kami Sedang Siasat’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 28 May 2023 7:17AM

MYAirline turut menegaskan, pihaknya sedang menyiasat perkara yang berlaku, bagi mengenal pasti jurang dalam perkhidmatan syarikat itu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pengurusan syarikat penerbangan, MYAirline yang terbabit dalam insiden menyaksikan kru kabinnya didakwa memberikan layanan buruk dan bersikap kasar kepada suami isteri dengan anak kecil berusia dua tahun, tampil memohon maaf kepada pasangan berkenaan.

Menerusi kenyataannya, MYAirline turut menegaskan, pihaknya sedang menyiasat perkara yang berlaku, bagi mengenal pasti jurang dalam perkhidmatan syarikat itu.

Katanya, ia bagi membolehkan pihaknya membuat tindakan pembetulan sepatutnya agar situasi seperti itu, tidak berulang.

“Baru-baru ini, terdapat sebuah insiden di atas pesawat kami berkaitan pemakaian tali pinggang keledar untuk bayi.

“Kami kesal dan ingin memohon maaf kepada seorang daripada penumpang kami yang menaiki penerbangan terbabit atas pengalaman kurang memuaskan dialaminya,” katanya.

MyAirline berkata, mengikut polisinya, syarikat itu menyediakan tali pinggang keselamatan tambahan untuk bayi, sejajar dengan keperluan keselamatan sudah ditetapkan Pihak Berkuasa Penerbangan Awam Malaysia (CAAM).

“Berdasarkan garis panduan CAAM, wajib bagi kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke bawah untuk dipangku penjaga dan memakai tali pinggang keselamatan tambahan.

“Bagaimanapun, kanak-kanak berumur 24 bulan dan ke atas, harus memakai tali pinggang keselamatan di tempat duduk mereka atas tujuan keselamatan,” katanya.

Selain itu, MYAirline memberi jaminan bahawa pengalaman penerbangan penumpangnya adalah keutamaan syarikat itu.

“Kami mengutamakan keselesaan dan kepuasan setiap penumpang kami, khususnya bagi ibu, bapa dan penjaga yang melancong bersama kanak-kanak.

“Susulan daripada penyiasatan sedang dijalankan, kami komited untuk belajar daripada pengalaman ini untuk perbaiki lagi mutu perkhidmatan kami dan memastikan pelancongan yang positif bagi semua penumpang,” katanya.

Semalam, Getaran melaporkan, seorang bapa terkilan dan kecewa dengan layanan buruk diterima daripada kru kabin sebuah syarikat penerbangan yang bukan sahaja bersikap kasar, malah mengugut untuk ‘menghalau’ keluar keluarganya, termasuk anak berusia dua tahun dari pesawat dinaiki.

Berkongsi kejadian yang berlaku pada 24 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi itu menerusi luahan di Facebook bernama Fear Dawooz, lelaki terbabit mendakwa layanan kurang menyenangkan diterima keluarganya bermula sejak di kaunter daftar masuk apabila kakitangan syarikat penerbangan berkenaan, seolah-olah memaksanya membayar sebanyak RM90 untuk kuota minimum bagasi walaupun setiap beg dibawa mereka adalah bersaiz kabin dan memenuhi had berat ditetapkan.

Dakwanya, walaupun proses kemasukan ke perut pesawat kemudian lancar, layanan buruk itu berulang ketika waktu kru kabin memeriksa setiap penumpang, apabila seorang daripada mereka bertanya kepada isterinya “anak puan ada seat (tempat duduk) ke?”.

Lelaki itu mendakwa, selepas menjawab ada, isterinya meminta sekiranya dia boleh mendapatkan tali pinggang keselamatan bayi, memandangkan anaknya hanya berusia dua tahun lima hari dan akan menangis jika diletakkan di tempat duduk sendiri.

Biarpun berulang kali dia dan isterinya meminta jasa baik kru kabin pesawat terbabit untuk diberikan tali pinggang berkenaan, beliau mendakwa, kru kabin tidak memberikannya atas alasan anaknya sudah melebihi usia dua tahun.

Kemudian, dakwa lelaki itu, anaknya mula menangis ketika pesawat bergerak semasa isterinya meletakkan di tempat duduk sendiri dan mengenakan tali pinggang keselamatan biasa.

Malah, lebih melampau, dakwanya, ketua kabin terbabit kemudian datang dan mengatakan ‘encik, anak encik kena duduk dengan seat belt, kalau tak kapal tak boleh nak take off’ menggunakan nada agak keras seperti tiada apa berlaku.

Kemudian, dakwanya, ketua kabin terbabit menghubungi kapten untuk melaporkan mengenai situasi itu.

Lelaki itu mendakwa, dia dan isteri berdepan detik paling memalukan dalam hidup apabila juruterbang membuat pengumuman ‘kepada penumpang di barisan terbabit, tolong beri kerjasama untuk kekal di tempat duduk atau sebaliknya, kami akan menghubung pihak keselamatan lapangan untuk ‘mengeluarkan’ anda dari pesawat’. – Getaran, 28 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

Ganggu Anggota Trafik, ‘Inspektor Sheila’ Disiasat 

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Tidak Batal Lesen Pengimport Dan Ejen Langgar Perintah, JKDM Disiasat

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Sebar Fitnah Dalam Kuliah, Rosmin Adam Disiasat Pihak Berkuasa

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Kerajaan Beri Laluan Penuh Polis Siasat, Tiada Campur Tangan

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 11 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan