Berita Terkini

2 hari yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 3 hari yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 1 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 2 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 2 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Kru Kabin Didakwa Bersikap Kasar, Kapten Pula Ugut Halau Keluar Pesawat

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 10:12PM

Tular di media sosial mengenai dakwaan seorang penumpang dengan layanan buruk daripada kru kabin sebuah syarikat penerbangan baharu yang didakwa bersikap kasar terhadap keluarganya termasuk anaknya yang berusia dua tahun. - Gambar dari Facebook Fear Dawooz

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Seorang bapa terkilan dan kecewa dengan layanan buruk diterima daripada kru kabin sebuah syarikat penerbangan baharu yang bukan sahaja bersikap kasar, malah mengugut untuk menghalau keluar keluarganya, termasuk anak berusia dua tahun dari pesawat itu.

Berkongsi kejadian yang berlaku pada 24 Mei lalu di Lapangan Terbang Antarabangsa Langkawi itu menerusi luahan di Facebook bernama Fear Dawooz, mendakwa layanan kurang menyenangkan diterima keluarganya sejak di kaunter daftar masuk apabila kakitangan syarikat penerbangan terbabit seolah-olah memaksanya membayar sebanyak RM90 untuk kuota minimum bagasi walaupun setiap beg dibawa mereka adalah bersaiz kabin dan memenuhi had berat ditetapkan.

Dakwanya, dia kemudian terpaksa menimbang setiap beg itu untuk membuktikan ia menepati had berat dan saiz ditetapkan, sebelum menerima pas masuk.

“Jadi disebabkan dia (kakitangan) tak boleh nak pusing cerita lagi, dia pun bagi pas masuk dengan muka paling kelat dia boleh buat,” katanya meluah rasa.

Dia mendakwa, layanan kurang mesra itu berterusan apabila mereka sebagai penumpang tidak dimaklumkan mengenai penangguhan penerbangan kira-kira dua jam dan hanya mengetahuinya menerusi catatan di pas masuk.

Katanya, walaupun proses kemasukan ke perut pesawat lancar, layanan buruk itu berulang ketika waktu kru kabin memeriksa setiap penumpang, apabila eorang daripada mereka bertanya kepada isterinya “anak puan ada seat (tempat duduk) ke?”.

Isterinya kemudian menjawab ada, tetapi meminta sekiranya disediakan ‘infant belt’ (tali pinggang keselamatan bayi’ kerana anaknya menyusu badan dan dibimbangi tidak mahu duduk diam di tempat duduk sendiri.

“Maka dia (kru kabin) pun refer (tujuk) pada ketua kru dan datang semula bagitau ‘tak boleh puan, dua tahun ke atas kena duduk di tempat duduk’.

“Jadi kitorang pun okay, tak mengapalah dah diorang tak nak bagi (padahal masa flight datang KUL-LGK (Kuala Lumpur-Langkawi) kru kabin beri je sebab anak aku baru dua tahun lima hari,” katanya.

Lelaki itu berkata, anaknya mula menangis ketika pesawat bergerak semasa isterinya meletakkan di tempat duduk sendiri dan mengenakan tali pinggang keselamatan biasa.

“Dia mula meronta-ronta, bangun dan duduk dekat isteri aku. Kru kabin tadi datang semula dan mengingatkan suruh anak aku duduk, tanpa bertanya anak aku okay ke sebab masa itu anak aku menangis teruk sebab baru bulan lepas naik flight duduk dengan emaknya, tiba-tiba kali ini kena duduk sendiri.

“Jadi lagi sekali, aku pula minta benda sama, infant belt yang syarikat ada iklankan baru-baru ini. Menyedihkan, diorang tetap tak nak bagi. Isteri aku cakap, ‘bagi je lah belt tu, at least anak I diam kalau duduk dengan I dan selamat sebab dia baru je masuk dua tahun. Untuk ‘take off; (berlepas) dan ‘landing’ (mendarat) je. Masa terbang nanti dia okay boleh duduk tempat duduk dia’.

“Menyedihkan apabila diorang tetap tak nak bagi dan dia tetap mengulangi ‘this is our policy’ (ini polisi kami). Bayangkan dengan anak aku menangis tanpa henti dekat 20 minit berhingus-hingus sebelum take off, diorang teruskan briefing tanpa pedulikan apa jadi dekat anak aku. Perasaan tertekan tu tak payah cakap la, korang yang ada anak kecil mesti faham kan?” katanya.

Fear Dawooz mendakwa layanan kurang menyenangkan diterima keluarganya sejak di kaunter daftar masuk.
Fear Dawooz mendakwa layanan kurang menyenangkan diterima keluarganya sejak di kaunter daftar masuk.

Lebih melampau, dakwanya, ketua kabin terbabit kemudian datang dan mengatakan ‘encik, anak encik kena duduk dengan seat belt, kalau tak kapal tak boleh nak take off’ menggunakan nada agak keras macam tiada apa berlaku.

“Aku pun balas, bukan saya sengaja, anak saya kecik lagi, kena ambil masa lah. You pun tengok sendiri kan? Sebab tu I mintak you bagi infant belt tapi you tak nak bagi”.

“Aku tanya dia ‘sekarang nak buat macam mana, anak I tak nak duduk diam dekat tempat duduk dia. So macam mana?’, Teka apa jawapannya, dengan sombong dan angkuhnya dia balas ‘Anda terpaksalah walau macam mana caranya’, hebatkan jawapan dia?” katanya.

Kemudian, dakwanya, ketua kabin terbabit menghubungi kapten untuk melaporkan mengenai situasi itu.

Lelaki itu berkata, dia dan isteri berdepan detik paling memalukan dalam hidup apabila juruterbang membuat pengumuman ‘kepada penumpang di barisan terbabit, tolong beri kerjasama untuk kekal di tempat duduk atau sebaliknya, kami akan menghubung pihak keselamatan lapangan untuk ‘mengeluarkan’ anda dari pesawat.

Sepanjang kejadian berlaku, dakwanya, dia sempat merekod beberapa video sebagai bukti untuk rujukan atau tindakan susukan, tetapi ia dilihat seorang daripada kru kabin.

“Sampai di lapangan terbang dan keluar dari pesawat, ada empat ke lima kakitangan keselamatan lapangan terbang menunggu serta dan tahan kitorang. Rupanya, ketua kabin tadi minta arah untuk tahan dan suruh aku padam video insiden atas pesawat tu.

“Selepas aku cerita, kakitangan security personnel pun terdiam dan sangat faham situasi aku. Masa tu la ketua kabin tu mencelah dan buat-buat cerita macam dia yang mangsa dan kitorang salah sebab menyukarkan flight serta rekod video tanpa kebenaran,” katanya.

Selain itu, Fear Dawooz mendakwa, beberapa kakitangan merayu dan meminta supaya insiden terbabit tidak ditularkan kerana dibimbangi menyebabkan mereka dibuang kerja.

Menurutnya, mereka kemudian memintanya memberikan nama, nombor telefon dan emel bagi membolehkan isu terbabit di bawah ke pihak atasan untuk disiasat, sekali gus membolehkannya mendapat permohonan maaf daripada pengurusan syarikat penerbangan, termasuk mengenai cubaan menghalau keluarganya dari pesawat.

Kesudahannya, dia berkata, sehingga hari ini tiada sebarang maklum balas dan emel diterimanya daripada pihak syarikat berkenaan.

“Aku cuba hubungi syarikat ini di komen hantaran video yang ia dakwa ‘SEMUA PENERBANGAN KAMI DISEDIAKAN DENGAN TALI PINGGANG TAMBAHAN, TERSEDIA MENGIKUT PERMINTAAN’ sebab official page tak boleh direct message.

“Diaorang hanya balas semula macam mesin, ulang yang mereka komited dengan mematuhi undang-undang kanak-kanak dua tahun perlu duduk di tempat duduk sendiri, tanpa ada niat untuk menyiasat situasi sebenar.

“Jadi tiada peluang di situ dan aku rasa sini je option (pilihan) lebih sesuai. Korang rujuk satu daripada video aku kongsikan dan nilai sendiri safety measurement anak aku yang duduk dekat seat dia sendiri tu, valid ke tak, dengan longgarnya seat belt dan dengan tak boleh duduk elok,” katanya.

Malah menerusi perkongsian itu, lelaki terbabit mengingatkan ibu bapa yang ingin menaiki penerbangan dengan anak berumur dua atau tiga tahun serta tidak boleh ‘diam’ duduk di tempat duduk sendiri, supaya berfikir semula. – Getaran, 27 Mei 2023

Sorotan

1

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM

2

Pemilik Stesen Minyak Diminta Lapor KPDN Jika Diancam Sindiket

3

Najib Diberi Peluang Jelaskan Mengenai Dokumen 1MDB Ketika Disoal Siasat - Pegawai SPRM

4

Elak Ketirisan, Perkukuh Tatakelola, Boleh Beri Upah Lumayan Kepada Pekerja - PM

5

5 Laluan Ditutup Sementara Sempena Hari Penamaan Calon PRK KKB Esok

6

Misi Pelayaran Ke Gaza Ditangguhkan Berikutan Tekanan Rejim Zionis - FFC

7

Najib Tak Pernah Arah Pengurusan 1MDB Pindah US$1.03 Bilion Kepada Syarikat Jho Low – Saksi

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Permohonan Pekebun Musang King Cabar Notis Kosongkan Tanah Ditolak

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Helikopter TLDM : Jasad Mendiang Joanna Felicia Dikebumikan Di Serian Pagi Ini

Semasa 1 hari yang lalu

Kontroversi Penceramah Asing: UM Mohon Maaf, Ambil Tindakan Serta Merta Tangani Situasi

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 jam yang lalu

Anak MB Perlis, 4 Yang Lain Dilepas Dengan Jaminan SPRM