web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


HAWANA 2023: Pasukan Buletin Utama Juara Kategori Berpasukan Kejohanan Boling Media

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 9:39PM

Julie Jalaluddin, mewakili The Vibes pada Kejohanan Boling Media yang diadakan sempena Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Aeon Kinta City, hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Pasukan Buletin Utama muncul juara kategori berpasukan Kejohanan Boling Media yang diadakan sempena sambutan Hari Wartawan Nasional (HAWANA) 2023 di Aeon Kinta City di sini sekali gus membawa pulang hadiah wang tunai RM1,500.

Tempat kedua milik pasukan Bernama TV yang membawa pulang RM1,200 manakala Strike Force dari Pertubuhan Berita Nasional Malaysia (Bernama) di tempat ketiga bagi merangkul hadiah wang tunai RM900.

Pengarang Kumpulan Berita dan Hal Ehwal Semasa Rangkaian Televisyen Media Prima Bhd Kamaruddin Mape pula diumum sebagai juara kategori High Series serta High Game Pegawai Kanan Media dan membawa pulang wang tunai RM300.

Editor Eksekutif Perkhidmatan Berita Bernama Harlina Samson menduduki tempat kedua kategori sama. 

Kejohanan boling ini turut disertai Persatuan Wartawan Wanita Malaysia, Persatuan Pengamal Media Perak, Kelab Akhbar Pulau Pinang, Kelab Media Mutiara, Persatuan Wartawan Bahagian Kuching, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh.
Kejohanan boling ini turut disertai Persatuan Wartawan Wanita Malaysia, Persatuan Pengamal Media Perak, Kelab Akhbar Pulau Pinang, Kelab Media Mutiara, Persatuan Wartawan Bahagian Kuching, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Terdahulu, Timbalan Ketua Pengarang Perkhidmatan Berita Antarabangsa Bernama Jamaluddin Muhammad, yang menanggung tugas Ketua Pengarang, dalam ucapan perasmiannya mengalu-alukan penyertaan pelbagai agensi media dalam kejohanan itu.

Kejohanan kali ini turut disertai Persatuan Wartawan Wanita Malaysia, Persatuan Pengamal Media Perak, Kelab Akhbar Pulau Pinang, Kelab Media Mutiara, Persatuan Wartawan Bahagian Kuching, Pejabat Setiausaha Kerajaan Negeri Perak dan Majlis Bandaraya Ipoh.

Jurugambar Utusan Malaysia Muhamad Nazreen Syah Musthafa, 35, berkata penganjuran kejohanan sedemikian dialu-alukan kerana dapat mengeratkan silaturahim dalam kalangan pengamal media.

Wartawan New Straits Times Mikail Ong, 42, pula berkata beliau dan rakan-rakannya sanggup turun ke Ipoh dari Pulau Pinang semata-mata untuk meraikan sambutan HAWANA 2023.

“Kami datang dari Pulau Pinang untuk memeriahkan suasana dan untuk berkenalan dengan pengamal media di sini… Kami sangat gembira kerana dapat bersama-sama meraikan sambutan HAWANA tahun ini, HAWANA memang hebat,” katanya.

Bagi wartawan akhbar Borneo Post Ronnie Teo Teck Wei, 36, penganjuran program sempena sambutan HAWANA adalah peluang yang sangat baik untuk beliau bergaul dan berkenalan dengan pengamal media dari Semenanjung.

“Selama ini, kami rasa agak terpinggir dengan semua perkara yang berlaku di Semenanjung. Jadi, peluang untuk berkumpul seperti ini adalah sesuatu yang amat baik,” katanya. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 23 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 17 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad