web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Malaysia Dan Indonesia Akan Bertemu Kepimpinan EU Bincang Pelaksanaan EUDR Semasa Misi Bersama

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 6:02PM

Fadillah Yusof - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Malaysia dan Indonesia akan mengadakan pertemuan serta sesi libat urus dengan barisan kepimpinan tertinggi Kesatuan Eropah (EU) mengenai pelaksanaan Peraturan Produk Bebas Penebangan Hutan Kesatuan Eropah (EUDR) semasa misi bersama di bawah Majlis Negara-Negara Pengeluar Sawit (CPOPC).

Misi bersama ke ibu pejabat EU di Brussels, Belgium itu yang bermula 28 Mei- 4 Jun 2023 diketuai Timbalan Perdana Menteri yang juga Menteri Perladangan dan Komoditi Malaysia Datuk Seri Fadillah Yusof bersama-sama dengan Menteri Koordinator Bidang Perekonomian Indonesia Dr Airlangga Hartarto.

Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) dalam satu kenyataan hari ini berkata misi itu merupakan tindak balas susulan pengumuman pelaksanaan EUDR oleh EU pada 6 Disember, 2022 yang bertujuan menghalang penebangan hutan oleh aktiviti pertanian di seluruh dunia.

Kedua-dua menteri itu dijangka mengadakan pelbagai pertemuan serta sesi libat urus dengan negara anggota CPOPC mengenai pelaksanaan EUDR yang bukan sahaja menindas sektor agrikomoditi secara amnya dan industri sawit secara khususnya malahan menjejaskan mata pencarian jutaan pekebun kecil.

Menurut kementerian itu, EUDR dianggap sebagai suatu kawalan bukan tarif yang boleh memberi kesan negatif terhadap perdagangan bebas dan adil, khususnya apabila ia lebih disasarkan kepada produk agrikomoditi tropika dari negara membangun yang boleh menjejaskan rantaian bekalan global.

“Sebagai salah sebuah negara anggota CPOPC, Malaysia komited untuk terlibat secara aktif dalam platform bersama ini di peringkat global untuk meneruskan agenda memerangi kempen negatif pihak Barat ke atas minyak sawit.

“Sesi libat urus dengan EU bagi mencapai hasil yang memberi manfaat kepada kedua-dua negara pengeluar dan pengguna sawit akan dipergiatkan,” katanya.

Malaysia dan Indonesia bersetuju untuk memulakan misi bersama itu semasa satu pertemuan di Jakarta, Indonesia pada 9 Feb lepas, apabila Fadillah dan Airlangga bersetuju untuk terus menjaga kepentingan sektor sawit menerusi pengukuhan usaha menangani diskriminasi terhadap minyak sawit.

Sementara itu, KPK berkata United Kingdom (UK) merupakan rakan dagangan ke-23 paling penting kepada Malaysia. 

Ketika ini, UK masih dalam proses rundingan untuk menjadi negara anggota Perjanjian Komprehensif dan Progresif Bagi Perkongsian Trans-Pasifik (CPTPP). 

“Justeru, adalah penting bagi sektor agrikomoditi Malaysia untuk memperkukuhkan lagi hubungan dagangan dengan UK melalui Jawatankuasa Bersama Bagi Kerjasama Perdagangan dan Pelaburan Dua Hala Antara Malaysia dan United Kingdom (MUKJC) dan Dialog Perdagangan Hutan, Pertanian dan Komoditi (FACT).

“Dialog FACT merupakan platform dialog antara negara pengeluar dan negara pengguna untuk menjadikan perdagangan agrikomoditi global lebih mampan,” katanya.

Bagi lawatan rasmi beliau di London, Fadillah juga akan mengadakan pertemuan dengan beberapa menteri yang berkaitan dengan sektor agrikomoditi di UK dan menteri-menteri lain.

Beliau juga akan menyampaikan ucap tama dalam Forum Minyak Sawit Mampan Antarabangsa  (ISPOF) anjuran KSI Strategic Institute for Asia Pacific (KSI) dan Malaysia-Link UK dan lawatan kerja ke Tun Abdul Razak Research Centre (TARRC), yang merupakan salah satu pusat penyelidikan dan pembangunan getah utama dunia.

“KPK berharap kedua-dua misi ini akan mencapai hasrat negara untuk menyampaikan maklumat yang tepat secara langsung kepada pihak berkepentingan bertujuan bagi menangkis persepsi negatif dan sebarang usaha untuk memberi tekanan terhadap sektor agrikomoditi dan perhutanan di Malaysia,” kata kementerian itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad