web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Pengurusan Telegram Berisiko Dikenakan Tindakan Jika Masih Enggan Jumpa, Bincang Aduan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 3:00PM

Fahmi Fadzil - Gambar dari Facebook

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Menteri Komunikasi dan Digital, Fahmi Fadzil berkata, pengurusan media sosial, Telegram berisiko berdepan tindakan, sekiranya terus mengabaikan jemputan daripada kerajaan untuk berbincang dan mencari penyelesaian berhubung beberapa aduan.

Katanya, sehingga kini, pengurusan platform komunikasi itu masih belum memberikan sebarang kerjasama kepada kerajaan, meskipun sudah diminta berbuat demikian sejak Januari lalu.

Beliau berkata, semua pengurusan platform media sosial, seperti Meta, TikTok dan Twitter memberikan kerjasama baik, kecuali Telegram yang masih gagal berbuat demikian itu serta enggan berjumpa kerajaan sehingga ke hari ini.

“Kita (Kementerian Komunikasi dan Digital) akui hadapi masalah dengan pihak Telegram. Walaupun dijemput untuk bertemu sejak Januari lepas, sehingga hari ini, mereka enggan beri kerjasama. Berbanding platform lain, kita tidak lihat kesungguhan pihak Telegram untuk memberi kerjasama.

“Saya sudah meminta Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) meneliti apakah tindakan yang wajar perlu diambil.

“Saya serahkan kepada SKMM sebagai badan kawal selia bertanggungjawab untuk mengesyorkan apa tindakan perlu diambil. Saya masih menunggu,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas melancarkan logo dan tema Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia 2023 di Esplanade, Taman KLCC, di sini hari ini.

‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada tahun ini.
‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada tahun ini.

Fahmi berkata, Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) menerima pelbagai aduan mengenai perkhidmatan disediakan platform berkenaan yang berkaitan dengan keselamatan awam, aktiviti jualan bahan terlarang, ‘scammer’ serta pornografi.

Menurutnya, perbincangan dengan penyedia perkhidmatan itu penting bagi mencari penyelesaian segera.

Sementara itu, berhubung ‘Malaysia MADANI: Tekad Perpaduan Penuhi Harapan’ yang dipilih sebagai tema sambutan Hari Kebangsaan dan Hari Malaysia (HKHM) pada tahun ini, Fahmi berkata, ia selari dengan tekad serta komitmen kerajaan bagi membangunkan sebuah negara bersama rakyat bersatu padu, memiliki semangat perpaduan tinggi dan hidup dalam keadaan aman serta sejahtera.

Ujarnya, pemilihan logo yang menggambarkan ‘tangan diangkat’ itu ialah simbolisme kepada ikrar Rukun Negara, manakala warna digunakan adalah warna asas Jalur Gemilang, lambang kepada jati diri serta semangat patriotik rakyat Malaysia.

Sempena pelancaran hari ini, Fahmi menyeru semua pihak untuk menggunakan, memaparkan dan menularkan logo serta tema hari terbabit di semua platform, sebagai menzahirkan tanda cinta kepada negara, selain membantu usaha mempromosi dan menyebarluaskan erti sambutan HKHM pada tahun ini. – Getaran, 27 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi