web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


KPM Bincang Kenaikan Gaji Guru Miliki Kelayakan Akademik Lebih Tinggi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 27 May 2023 2:08PM

Fadhlina Sidek berkata pihaknya juga memandang serius saranan tersebut dan berpandangan ia mestilah selari dari segi kualitifikasi bermakna integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan yang menjadi tumpuan KPM - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

NIBONG TEBAL - Kementerian Pendidikan (KPM) dalam radar perbincangan berhubung saranan menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka.

Menteri Pendidikan Fadhlina Sidek berkata pihaknya juga memandang serius saranan tersebut dan berpandangan ia mestilah selari dari segi kualitifikasi bermakna integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan yang menjadi tumpuan KPM.

"Kita ambil pandangan itu secara serius dan saranan berkaitan kenaikan gaji penjawat awam seperti mana yang diumum Perdana Menteri (Datuk Seri Anwar Ibrahim) akan jadi tumpuan awal sebaik saja ekonomi negara pulih. Ia juga tidak lari daripada hasrat KPM yang melihat perkara sama.

"Kita sedang berada dalam radar perbincangan (saranan itu) dan dalam konteks untuk menaikkan gaji guru serta dari segi kualitifikasi maknanya integriti kualiti dan perkhidmatan perguruan, ini menjadi tumpuan kita," katanya kepada pemberita di sini hari ini.

Beliau ditemui selepas merasmikan Karnival Kita MADANI Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) di Sungai Duri, di sini yang turut dihadiri Pengarah Jabatan Penerangan Pulau Pinang Sabri Said.

Fadhlina, yang juga Ahli Parlimen Nibong Tebal, berkata demikian ketika diminta mengulas laporan akhbar berhubung kerajaan disaran menaikkan gaji guru yang memiliki kelayakan akademik lebih tinggi sebagai pengiktirafan kepada mereka kerana berusaha memperkemaskan diri bagi memantapkan lagi pendidikan demi anak bangsa.

Setiausaha Kluster Pendidikan & Modal Insan Majlis Profesor Negara (MPN) Dr  Anuar Ahmad dilaporkan berkata ketika ini gaji guru yang memiliki sarjana dan doktor falsafah (PhD) adalah sama dan ia wajar untuk dikaji semula.

Beliau turut dilaporkan berkata kerajaan harus memberikan insentif kepada guru yang mempunyai kelayakan lebih tinggi agar mereka dapat merasakan pentingnya untuk sambung belajar bukan sahaja menambah ilmu, sebaliknya boleh meningkatkan gaji dalam bidang yang diceburi.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata KPM sentiasa memberi galakan dan tiada sebarang halangan untuk guru menyambung pelajaran ke peringkat lebih tinggi kerana intergiriti perguruan dan kualiti guru juga meningkat dari semasa ke semasa.

"Saya ingat dari segi guru nak sambung pelajaran tidak jadi halangan malah kita menggalakkan, saya juga membuka ruang yang luas untuk mereka (sambung belajar) lagipun guru sekarang ini sangat berkelayakan dan terlatih dalam bidang mereka," katanya. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Ibu Muda Mangsa Kesalahan Seksual Perlu Kembali Sambung Pelajaran - Fadhlina

2

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

3

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

4

Pendidikan 6 bulan yang lalu

SPM Tidak Dimansuh, Kekal Kelayakan Tamat Sekolah Terpenting - Fadhlina

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 19 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 20 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 19 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan