web statsweb stats

Berita Terkini

2 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 2 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Konspirasi Jatuhkan Saya Akan Didedahkan, Mereka Heret…’ - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 9:00PM

Lim Guan Eng - Gambar oleh Alif Omar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Mantan Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng kesal dengan tindakan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) mengheret isterinya, Betty Chew Gek Cheng dan ahli perniagaan, Phang Li Koon sebagai dendam politik semasa menjalankan siasatan. 

Beliau berkata, tindakan itu dilakukan hanya kerana agensi terbabit gagal menjumpai wang dalam akaun bank atau wang tunai di tangannya. 

“Mereka mengheret dua wanita yang tidak bersalah iaitu isteri saya, Betty Chew dan rakan saya, Phang Li Koon ke dalam kancah kes dendam politik, sehingga pendapatan halal RM15,000 sebulan yang diperolehi isteri saya sebagai perunding perundangan dan peguam bertauliah dituduh sebagai rasuah.

“Hakikatnya isteri saya sudah melaporkan pendapatan bulanan ini kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN) dan juga membayar cukai tanpa sebarang masalah. Siapa akan laporkan wang rasuah kepada LHDN dan bayar cukai?” soalnya menerusi hantaran di Facebook beliau, hari ini.

Pada masa sama, Guan Eng yang juga Pengerusi DAP akan mendedahkan pihak yang terbabit dalam konspirasi untuk menjatuhkannya susulan pertuduhan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap beliau dan isterinya.

Dakwanya, pihak terbabit bukan sahaja cuba menghancurkan nama baik dan kerja politik, malah juga parti diterajuinya.

“Saya akan lawan konspirasi jahat bermotif politik dan menuntut keadilan di mahkamah. Berani kerana benar.

“Kami akan lawan di mahkamah, buktikan kebenaran dan dapat keadilan. Pihak pendakwaan dan SPRM memfailkan satu dakwaan yang tidak berasas.

“Kami juga akan buktikan di mahkamah bahawa mereka memalsukan dan menyembunyikan bukti seperti yang dilakukan dalam kes lain,” katanya.

Hari ini, media melaporkan Guan Eng, isterinya dan Li Koon mahu membatalkan pertuduhan kes rasuah dan pengubahan wang haram terhadap mereka.

Pada 2020, Guan Eng didakwa sebagai seorang pegawai badan awam iaitu Ketua Menteri Pulau Pinang dan Pengerusi Lembaga Tawaran Perbadanan Pembangunan Pulau Pinang (PDC) menggunakan kedudukan untuk suapan iaitu wang berjumlah RM372,009 bagi isterinya, melalui syarikat Excel Property Management & Consultancy Sdn Bhd.

Guan Eng, yang mengaku tidak bersalah atas pertuduhan itu didakwa melakukan kesalahan itu dengan cara mengambil tindakan memastikan syarikat Magnificent Emblem Sdn Bhd ditawarkan Jemputan Cadangan Perkampungan Pekerja di Lot 631, Mukim 13, Juru, Seberang Perai Tengah dan Sebahagian Lot 282, Mukim 13, Batu Kawan, Seberang Perai Selatan, Pulau Pinang bernilai RM11,610,000 yang Gek Cheng secara tidak langsung mempunyai kepentingan.

Li Koon pula didakwa bersubahat dalam perlakuan kesalahan oleh Guan Eng dalam melakukan perbuatan itu di tempat dan tarikh sama.

Gek Cheng, pula mengaku tidak bersalah atas tiga pertuduhan membabitkan diri dalam pengubahan wang haram dengan menerima wang RM372,009 daripada sebuah syarikat ke akaun bank miliknya. – Getaran, 26 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar