web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kesilapan Beri Subsidi Kepada Golongan Kaya Perlu Diperbetulkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 7:00PM

Kerajaan sekarang sedang membetulkan kesilapan tersebut supaya adil terhadap rakyat terutamanya golongan B40. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Pemberian subsidi kepada golongan kaya adalah satu kesilapan dan perlu diperbetulkan, kata Timbalan Menteri Kewangan Datuk Seri Ahmad Maslan.

Beliau dalam sidang media selepas melancarkan Dokumen Piawaian Pelaburan Mampan (SIS) di Kementerian Kewangan di sini hari ini berkata kerajaan sekarang sedang membetulkan kesilapan tersebut supaya adil terhadap rakyat terutamanya golongan B40.

“Orang kaya tak perlu subsidi pun, kenapa kita perlu beri subsidi kepada orang kaya?

“Negara manakah di dalam dunia ini yang memberi subsidi kepada orang kaya berbanding beri subsidi kepada orang miskin? Tiada, hanya Malaysia, jadi dasar subsidi Malaysia itu silap,” katanya.

Ahmad berkata kerajaan sedang merangka pelaksanaan subsidi secara bersasar agar golongan T20 tidak akan terkesan secara mengejut.

Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim sebelum ini berkata golongan berpendapatan tinggi T20 tidak akan akan menerima manfaat subsidi bagi penggunaan elektrik serta bantuan kewangan haji.

Anwar berkata Pangkalan Data Utama (PADU) akan digunakan untuk mengurus dan menyelaras penilaian agihan subsidi kepada golongan yang layak.

“Semalam, jawapan Menteri Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim Nik Nazmi Nik Ahmad di Dewan Rakyat bahawa penjimatan subsidi elektrik yang dilakukan secara bersasar dari 1 Jan hingga Jun adalah RM5.6 bilion. Dengan sebanyak itu bermacam perkara kita boleh laksanakan untuk rakyat," kata Ahmad. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 tahun yang lalu

Badan Pemikir Gesa Kerajaan Mansuh Subsidi Gula 

2

Semasa 2 tahun yang lalu

Lebih 14,000 Aduan Diterima Menerusi Aplikasi MYJalan Setakat Ini - Ahmad Maslan

3

Semasa 2 tahun yang lalu

Bantuan SARA: Tampung Perbelanjaan Bulanan Penerima, Kurangkan Kesan Inflasi

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Dakwaan Subsidi RON95, Diesel Ditarik Dan Cukai Baharu Dilaksana, Tidak Benar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 18 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 22 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Politik 22 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad