Berita Terkini

1 minggu yang lalu: Hafizul Hawari yang disyaki terbabit dalam kejadian tembak di KLIA Terminal 1 pada 14 April lalu, mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Kota Bharu pagi tadi terhadap 7 pertuduhan 1 minggu yang lalu: 10 anggota dan pegawai TLDM dikhuatiri maut selepas dua pesawat bertembung pada sesi Latihan Lintas Hormat Sambutan Hari Ulang Tahun TLDM Ke-90, di Pangkalan TLDM Lumut 2 minggu yang lalu: Bekas Timbalan Ketua Menteri Sabah yang juga pengasas Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS), Tan Sri Joseph Kurup meninggal dunia hari ini di IJN pada usia 79 tahun 3 minggu yang lalu: Keputusan Ujian Penilaian Kelas Al-Quran dan Fardu Ain (UPKK) 2023 diumumkan pada 18 April ini - JAKIM 3 minggu yang lalu: Umat Islam di Malaysia dan Singapura akan menyambut Aidilfitri esok.

IKUTI KAMI


Laporan Polis Dibuat Susulan Tuntutan Waris Sultan Sulu, ‘Ia Ancam Keselamatan Negara’

Semasa Dikemaskini 11 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 26 May 2023 7:14AM

Seorang daripada penuntut terbabit, Fuad A Kiram diklasifikasikan sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAATFUAA) pada 6 April lalu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Ketua Pegarah Bahagian Hal Ehwal Undang-Undang (BHEUU) Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Khairul Dzaimee Daud membuat laporan polis semalam, terhadap beberapa penuntut warga Filipina yang mendakwa sebagai waris Jamalul Kiram II (Sultan Sulu) terhadap Malaysia.

Sekretariat Khas Jabatan Perdana Menteri memaklumkan, laporan itu dibuat di Ibu Pejabat Polis Daerah Putrajaya.

Katanya, ia dibuat susulan daripada tindakan tuntutan difailkan penuntut terbabit, melalui Notis Timbang Tara yang diserahkan kepada kerajaan Malaysia pada 30 Julai 2019, membabitkan anggaran tuntutan melebihi USD32 bilion (kira-kira RM148 bilion).

“Ketua Pengarah BHEUU, JPM membuat laporan ini kerana tuntutan berkenaan adalah satu ancaman kepada keselamatan negara,” katanya.

Tegasnya, rentetan daripada insiden pencerobohan di Lahad Datu, kerajaan Malaysia mengisytiharkan Kumpulan Royal Sulu Force (RSF) sebagai entiti pengganas yang terbabit dalam tragedi di Sabah itu pada 2013.

Manakala, seorang daripada penuntut terbabit, iaitu Fuad A Kiram juga diklasifikasikan sebagai pengganas di bawah Seksyen 66B Akta Pencegahan Penggubalan Wang Haram Pembiayaan Keganasan dan Hasil daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLAATFUAA) pada 6 April lalu.

Objektif laporan polis itu dibuat, katanya, selepas mengambil kira wujudnya elemen sabotaj ke atas ekonomi dan ancaman kepada keselamatan negara, melalui tindakan agresif penuntut yang dipercayai bersubahat dengan menyalahguna proses timbang tara antarabangsa.

“Susulan daripada laporan ini, dipercayai satu siasatan jenayah akan dimulakan pihak berkuasa demi menjamin keamanan, keselamatan dan kestabilan negara,” katanya.

Isu tuntutan berhubung perkara itu terhadap Malaysia, tercetus selepas Sultan Mohamed Jamal Al Alam (Sultan Sulu) memeterai dua perjanjian dengan Baron de Overbeck dan Alfred Dent dari syarikat British Utara Borneo pada 22 Januari 1878, bertujuan menjaga kepentingan mereka di Sabah.

Bagaimanapun, susulan pencerobohan dan serangan Tentera Kesultanan Sulu di Kampung Tanduo, Lahad Datu, Sabah pada 12 Februari 2013 yang mengorbankan seramai 10 orang wira negara, kerajaan menghentikan serahan wang ihsan kepada waris Kesultanan Sulu.

Lanjutan daripada tindakan Malaysia itu, Firma Guaman mewakili warga Filipina yang mengaku sebagai waris Sultan Sulu memohon rundingan semula bayaran wang ihsan di bawah Perjanjian 1878 dan memfailkan permohonan Superior Court of Justice di Madrid, Sepanyol (Mahkamah Madrid) untuk melantik penimbang tara pada 31 Januari 2018.

Mahkamah Madrid, Sepanyol memutuskan melantik penimbang tara dan Dr Gonzalo Stampa dilantik pada 22 Mei 2019.

Pada 30 Julai 2019 satu Notis Timbang Tara diserah kepada Kerajaan Malaysia melalui Kementerian Luar dengan anggaran tuntutan melebihi AS$32 bilion (RM133.95 bilion).

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Parlimen dan Undang-Undang) ketika itu, Datuk Seri Wan Junaidi Tuanku Jaafar berkata, Malaysia sudah melantik peguam di Sepanyol dan Perancis untuk mewakili kerajaan bagi menangani segala tuntutan dibuat waris Sultan Sulu terhadap negara ini.

Ujarnya, pelantikan dibuat melalui Jabatan Peguam Negara dan Kementerian Luar itu juga bagi ‘melawan’ keputusan yang meminta Malaysia membayar pampasan sebanyak AS$14.92 bilion (RM62.59 bilion) kepada waris terbabit, seperti ditetapkan Mahkamah Arbitrasi, Paris, Perancis.

Menurutnya, Malaysia tidak mengambil bahagian dalam prosiding timbang tara dikatakan itu kerana kerajaan sentiasa menegakkan dan tidak pernah mengetepikan kekebalan kedaulatannya sebagai sebuah negara berdaulat, tambahan identiti penuntut (waris) diragui serta belum disahkan.

“Namun, ingin ditekankan sekali lagi bahawa kerajaan tidak berdiam diri, tetapi sudah mengambil tindakan sewajarnya seperti saya nyatakan untuk memastikan kedaulatan negara tidak dicabuli melalui tindakan perundangan di Madrid, Sepanyol dan di Paris, Perancis.

“Kerajaan sentiasa peka dan bersedia untuk mencabar sebarang tindakan penguatkuasaan keputusan Final Award tidak sah tersebut di bawah New York Convention (Konvensyen New York), sekiranya dilaksanakan penuntut pada bila-bila masa dan di mana juga bagi memastikan kepentingan kerajaan sentiasa terpelihara,” katanya. – Getaran, 26 Mei 2023

Sorotan

1

3 Lemas, 3 Masih Hilang Dalam Kejadian Kepala Air Di Lahad Datu

2

Agong, Raja Permaisuri Tiba Di Singapura Untuk Lawatan Negara Sulung

3

Bapa, 2 Anak Lemas Di Sungai Balak

4

Wai Ching Muncul Juara Kejohanan Larian Menara Dunia Di Taipei 101

5

TH Giat Buat Persiapan Akhir, Sedia Sambut Ketibaan Jemaah Haji

6

TPM Ingatkan Sanusi Jangan Melalut Malam Ini

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perkampungan Sunnah Dapat Sambutan Hebat - Mufti Perlis

oleh Diyana Nawwar

Semasa 1 hari yang lalu

Kedah Mahu 'All Out' Promosi Harumanis D'Aman

oleh Rafisqi Radhi

Semasa 19 jam yang lalu

Cadangan Setiap Pemimpin Jaga Satu Kampung Dibentang Ke Kabinet - PM

oleh Wartawan Getaran

Sukan 6 jam yang lalu

Piala Thomas: China Kecewakan Indonesia, Rangkul Juara Kali Ke-11