web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Tayangan Filem Anwar Kepada Pelajar Sekolah Bukan Ditaja KPM, Sebaliknya…

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 5:00PM

Tayangan itu adalah inisiatif orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO), bertujuan memastikan pelajar sekolah mendapat akses pendemokrasian dan pengenalan kepada figura pemimpin negara. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - “Tidak, duit kementerian tidak digunakan,” itu penegasan dibuat Atiqah Syairah Shaharuddin, iaitu setiausaha politik kepada Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek.

Dia berkata demikian bagi menjawab dakwaan pihak tertentu bahawa Kementerian Pendidikan (KPM) menaja tayangan filem ‘Anwar: The Untold Story” untuk tontonan pelajar Tingkatan Enam Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Presint 5 (1), Putrajaya, baru-baru ini.

Menurutnya, tayangan itu adalah inisiatif orang ramai dan badan bukan kerajaan (NGO), bertujuan memastikan pelajar sekolah mendapat akses pendemokrasian dan pengenalan kepada figura pemimpin negara.

“Sebagai seorang anak kepada mangsa tahanan politik Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA), saya fikir filem biopik ini mustahak untuk diberikan pendedahan awal kepada setiap segmen generasi. 

“Ketika arwah abah dipenjarakan, saya berusia 10 tahun dan sejak sejarah reformasi, seluruh jajaran kehidupan keluarga kami berubah. Malaysia juga kini sudah sangat dewasa dengan perubahan demokrasi,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Terdahulu, pemilik akaun Facebook, Ulasan Apek Cina atau nama sebenarnya, Zee How Tai mempersoalkan jika kos perbelanjaan untuk pelajar sekolah menonton filem Anwar The Untold Story di Golden Screen Cinemas (GSC), Alamanda, Putrajaya, ditaja KPM.

Katanya, tidak sepatutnya duit rakyat digunakan untuk membayar murid sekolah menonton filem terbabit yang dilihat berunsurkan politik.

Ahli Parlimen Putrajaya, Datuk Dr Mohd Radzi Md Jidin, melalui akaun Facebook semalam, turut memuat naik dua surat didakwa pekeliling membabitkan tayangan eksklusif filem itu bersama Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek serta jemputan ke tayangan amal filem berkenaan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia Kuala Lumpur (JBPM KL).

“Sedang viral. ‘The Untold Story’?,” tulis Radzi yang juga mantan Menteri Pendidikan di media sosialnya.

Mengulas lanjut, Atiqah menegaskan, filem itu lebih memfokuskan mengenai jatuh bangun perjuangan melawan korupsi, bukannya semata-mata berkisahkan keluarganya atau Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Pada masa sama, beliau mendedahkan dirinya antara seorang daripada penyumbang bagi majlis tayangan amal filem itu bagi pelajar sekolah terbabit.

“Sejujurnya, sebagai Setiausaha Politik yang angkat sumpah di hadapan Yang Amat Berhormat Perdana Menteri, saya juga segan memaklumkan saya turut menyumbang tiket filem. 

“Saya khawatir dilabel sebagai pembodek dan penjilat, tetapi yang keruh perlu dijernihkan dan yang kabur perlu dijelaskan,” katanya.

Dalam pada itu, Atiqah menegaskan, pelajar juga hanya boleh menonton filem tersebut sekiranya mendapat kebenaran daripada ibu bapa.

“Tiada paksaan, tiada merit tambahan kepada pelajar, tiada kenaikan gaji untuk penjawat awam yang menonton (dan) tiada surat sokongan dikemukakan kepada penyumbang. 

“Layar filem dan penceritaan pastinya tidak mengikut citarasa setiap penonton. Bahkan jauh dari kesempurnaan. Tetapi saya berhak untuk mengajak orang ramai turut bersama menonton filem ini,” katanya. - Getaran, 25 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Sekolah Padat: KPM Rangka Intervensi Jangka Panjang, Pendek - Fadhlina

4

Semasa 2 tahun yang lalu

97.8 Peratus Projek Penyelenggaraan Tandas Sekolah Siap Sepenuhnya

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 7 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar