web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerajaan Benar MSM, CSR Keluar Gula Putih Bertapis Jernih, ‘Harga Ditentukan Pasaran’ – Salahuddin

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 2:29PM

Salahuddin Ayub - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan membenarkan dua syarikat pengeluar gula tempatan, iaitu MSM Malaysia Holdings Berhad (MSM) dan Central Sugars Refinery Sdn Bhd (CSR) mengeluarkan gula putih bertapis jernih, bermula hari ini.

Menteri Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup, Datuk Seri Salahuddin Ayub berkata, kebenaran itu diberikan susulan pihaknya menerima permohonan daripada dua syarikat berkenaan, sebagai sebahagian daripada pelan pemasarannya untuk terus kekal berdaya saing serta lestari.

Ujarnya, kebenaran itu menyaksikan harga gula putih bertapis jernih tidak dikawal, sebaliknya ditentukan pasaran.

“Kerajaan bersetuju dengan permohonan ini kerana gula putih bertapis jernih akan memberikan pilihan kepada pengguna, selain gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus).

“Kerajaan juga memberi arahan kepada MSM dan CSR untuk terus mengeluarkan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) pada kuantiti semasa yang mencukupi untuk pasaran runcit pada harga dikawal kerajaan, iaitu RM2.85 sekilogram (kasar) dan RM2.95 sekilogram (halus

“Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) menegaskan penjualan gula putih bertapis jernih ini tidak boleh menggantikan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus),” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, syarikat pengeluar gula boleh diambil tindakan jika tidak mengeluarkan bekalan gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) mencukupi di pasaran.

“Begitu juga kepada mana-mana pemborong dan peruncit yang mengenakan pembelian bersyarat atau tidak menjual gula putih bertapis sedia ada (kasar dan halus) kepada pelanggannya,” katanya.

Pada sama sama, Salahuddin mengajak pengguna untuk mengawasi dan mengawal penggunaan gula demi kesihatan, seperti disarankan Kementerian Kesihatan (KKM).

“KPDN juga mengajak pengguna untuk bersama-sama dalam memastikan bekalan gula di pasaran sentiasa mencukupi melalui maklumbalas dan laporan pasaran melalui satu daripada saluran aduan rasmi kementerian, iaitu WhatsApp 019-279 4317/019-848 8000; portal e-Aduan KPDN, http://e.aduan.kpdn.gov.my; Call Centre 1-800-886-800; emel ([email protected]); aplikasi telefon pintar Ez ADU KPDN serta bilik gerakan penguatkuasaan, 03-88826088/6245,” katanya. – Getaran, 25 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 5 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi