web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


PRN: Benar Kata PM, Anak Muda Harus Nilai Pemimpin Demi Masa Depan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 2:08PM

Golongan muda adalah agen yang bakal menentukan pentadbiran negara pada masa hadapan, sekali gus mencorakkan perubahan pimpinan yang lebih progresif. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Saranan Datuk Seri Anwar Ibrahim supaya anak muda menilai pemimpin yang akan dipilih mereka pada Pilihan Raya Negeri (PRN) di enam negeri, disambut baik memandangkan ia mampu memastikan individu terbabit benar-benar memperjuangkan nasib mereka.

Pengarah Majlis Mahasiswa Anak Pulau Pinang, Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri berkata, penilaian itu juga bagi mengelakkan mereka memilih pemimpin yang retorik semata-mata.

Katanya, rakyat tidak mahu kerajaan idealis, tetapi realis, selain mampu menunaikan perkara dalam manifesto yang diperjuangkan dan melaksanaan segala janji mereka kepada rakyat.

“Pentingnya untuk rakyat pastikan calon yang akan dipilih pada PRN nanti adalah individu bersih daripada rasuah, bertanggungjawab, sedia membela nasib rakyat, berintegriti, jujur dan bijak untuk melaksanakan mandat rakyat.

Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri
Muhammad Amir Asyraf Mohd Sabri

“(Justeru) Anak muda menyambut baik pandangan dan saranan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim yang mahu anak muda nilai pemimpin akan dipilih pada pilihan raya, terutamanya pada PRN di enam negeri yang akan datang tidak lama lagi,” katanya menerusi kenyataan hari ini.

Beliau berkata, pihaknya juga menyokong penuh supaya lebih ramai lagi calon muda perlu diberi ruang dan peluang untuk bertanding dalam PRN kali ini.

Calon muda ini, katanya, perlu diketengahkan supaya dapat membawa idea dan nafas baru dalam mencorak masa hadapan negara.

Selain itu, beliau berkata, bakat pemimpin muda perlu diiktiraf bukan sahaja sebagai pemimpin pada masa hadapan, malah pemimpin hari ini melalui keterbukaan mereka dalam menyertai mana-mana parti.

“Pelaksanaan Undi18 juga semestinya akan menjadi pemangkin keberkesanan pimpinan negara pada masa akan datang.

“Golongan muda adalah agen yang bakal menentukan pentadbiran negara pada masa hadapan, sekali gus mencorakkan perubahan pimpinan yang lebih progresif,” katanya.

Muhammad Amir Asyraf berkata, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) yang dilihat paling mencabar selepas negara dilanda dengan pelbagai konflik selepas PRU-14, membawa perubahan kepada 32.7 juta rakyat Malaysia dengan tertubuhnya Kerajaan Perpaduan.

Ujarnya, hasil empat gabungan politik yang memeterai perjanjian bagi mengukuhkan kerjasama dalam Kerajaan Perpaduan, pimpinan Datuk Seri Anwar Ibrahim selepas PRU15, ia mampu membawa perubahan.

Bagi menjamin kesejahteraan, pembangunan dan kemajuan sesebuah negara itu, katanya, ia terletak kepada barisan kepimpinan yang menerajui pentadbirannya.

“Segala dasar dan polisi yang akan diwujudkan nanti juga, bergantung kepada kemampuan serta kebijiaksanaan pemimpin yang memerintah,” katanya. – Getaran, 25 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi