Berita Terkini

3 minit yang lalu: Kerajaan cadang tambah kamera awas 3 minit yang lalu: Pasukan SAR temui mayat kanak-kanak berusia 8 tahun di Sungai Bernam 39 minit yang lalu: Mahkamah Tinggi PBB akan dengar kes Ukraine terhadap pencerobohan Rusia 40 minit yang lalu: SEDA Malaysia lantik Ahmad Zairin Ismail sebagai pengerusi baharu 40 minit yang lalu: Hormati titah Agong, jangan jadikan Islam polemik politik - Mufti P. Pinang

IKUTI KAMI


El Nino: Kementerian Laksana Persediaan Terbaik Elak Sumber Air, Rakyat Terjejas

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 9:39AM

Fenomena El Nino yang dialami sebelum ini akan menjadi lebih kering dan panas bermula Jun hingga Oktober. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Sumber Asli, Alam Sekitar dan Perubahan Iklim meminta operator air di seluruh negara melaksanakan langkah persediaan menghadapi El Nino yang dijangka berterusan hingga September depan.

Menterinya, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, kementerian itu maklum bahawa El Nino akan menyebabkan kuantiti hujan berkurangan dan cuaca lebih kering mengakibatkan paras air sungai serta empangan menurun.

Katanya, penyusutan air di sungai dan empangan itu seterusnya, memberi kesan kepada kecukupan air mentah untuk disalurkan ke Loji Rawatan Air (LRA).

Nik Nazmi Nik Ahmad
Nik Nazmi Nik Ahmad

Nik Nazmi berkata, arahan diberikan kementerian melalui Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN) itu, termasuk memantau kecukupan sumber bekalan air mentah, sama ada dari segi paras sungai, paras empangan atau sebagainya secara rapi.

Ujarnya, ia bagi memastikan air mentah adalah mencukupi untuk pengoperasian semua LRA dan agihan bekalan air kepada pengguna.

“Kementerian juga minta operator air menjalankan program kesedaran menerusi media dan aplikasi yang boleh diakses pengguna berhubung penggunaan air secara berhemah, penggunaan produk cekap air, pemantauan kebocoran air di dalam sistem agihan serta sebagainya;

“Operator juga perlu menyediakan pelan persediaan bagi menghantar lori tangki ke kawasan dijangka mengalami gangguan bekalan air, selain menempatkan tangki statik di kawasan kritikal dan dikenalpasti menghadapi kekurangan bekalan air semasa kemarau.

“Selain itu, bersiap siaga dengan jentera, kenderaan, alat kelengkapan dan tenaga kerja dalaman atau luaran, bagi menjalankan kerja pembaikan dengan segera sekiranya berlaku kerosakan di loji atau insiden paip pecah,” katanya.

Beliau berkata demikian dalam jawapan lisan di Dewan Rakyat sebagai respon kepada persoalan dikemukakan Ahli Parlimen Selayang, William Leong Jee Keen yang memintanya menyatakan langkah diambil kementerian itu untuk menghadapi fenomena El Nino di Malaysia, khususnya di negeri tidak mempunyai 20 peratus simpanan air bersih.

Nik Nazmi memaklumkan SPAN komited untuk menyelaras bantuan sesama operator air negeri semasa menghadapi krisis bekalan air akibat bencana alam atau faktor luar jangka.. - Gambar oleh Sairien Nafis
Nik Nazmi memaklumkan SPAN komited untuk menyelaras bantuan sesama operator air negeri semasa menghadapi krisis bekalan air akibat bencana alam atau faktor luar jangka.. - Gambar oleh Sairien Nafis

Nik Nazmi menjelaskan, operator air terbabit juga diminta bekerjasama dengan agensi di peringkat Persekutuan dan negeri bagi menjamin keselamatan sumber bekalan air mentah dari segi pencegahan pencemaran sumber air.

Operator terbabit, katanya, perlu turut memastikan kecukupan bekalan dan tekanan air bagi tujuan pemadaman kebakaran.

“SPAN juga komited untuk menyelaras bantuan sesama operator air negeri semasa menghadapi krisis bekalan air akibat bencana alam atau faktor luar jangka, dalam memberi bantuan teknikal dan misi bantuan yang berkaitan ke negeri jiran selaras dengan Memorandum Persefahaman (MOU) yang dimeterai bersama.

“Kecukupan bekalan air bersih kepada pengguna secara tidak langsung dapat memastikan bekalan air minum adalah mencukupi bagi menampung keperluan harian.

“Kementerian turut menyeru semua rakyat supaya lebih berhemah dalam penggunaan air, dengan tidak melakukan pembaziran, agar sumber air yang ada dapat bertahan lebih lama semasa musim kemarau ini,” katanya. – Getaran, 25 Mei 2023

Sorotan

1

Cuaca Panas: Bil Elektrik Melambung Jadi Topik Media Sosial, Pengguna ‘Pening Kepala’

2

Dipercayai Tertelan Cecair Vape, Kanak-Kanak 2 Tahun Stabil, Dipantau Hospital

3

Punggung Kanak-Kanak Tercucuk Besi Pagar Rumah

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Kerajaan Laksana Dasar Baharu Depani Cabaran Global, Enggan Sistem Raja Diperolok - Anwar

oleh Farhana Farush

Semasa 17 jam yang lalu

Syed Saddiq Hantar Usul Tergempar LCS Minta Dibahas Dewan Rakyat Esok

oleh Farhana Farush

Sukan 7 jam yang lalu

Malaysia Tambah 16 Emas Pada Hari Ketiga APG 2023

Politik 1 hari yang lalu

Muhyiddin Kawan Semula Tun M, Ini Mesti Sebab Wang - Puad

oleh Aiman Sadiq