Berita Terkini

1 jam yang lalu: UMNO akan teliti rayuan ahli digantung keahlian - Ahmad Zahid 1 jam yang lalu: Ketua Pemuda UMNO akan bertemu dengan Ketua Pemuda PH, bincang gerak kerja PRN 1 jam yang lalu: Ahmad Zahid - PM setuju secara dasar penubuhan SEGiM 1 jam yang lalu: Perak pengeluar terbesar arowana pada 2022 - Jabatan Perikanan 3 jam yang lalu: Seorang lelaki lemas manakala 7 lagi terselamat apabila bot pancing karam di Pantai Bagan Lalang, Sepang, petang tadi

IKUTI KAMI


Anak Timbalan Perdana Menteri Bersemuka ‘Adik Tiri Palsu'

Semasa Dikemaskini 2 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 25 May 2023 9:10AM

Nurulhidayah dan bapanya, Ahmad Zahid - Gambar dari Instagram @nurul.zahid

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

JOHOR BARU – Sebuah video di Instagram yang memaparkan Datuk Nurulhidayah Zahid bersemuka dengan seorang lelaki yang menyamar sebagai adik tirinya, tular di media sosial.

Menurut kapsyen ditulis beliau di hantaran video itu, individu terbabit mendakwa sebagai anak tiri kepada bapanya, iaitu Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Ahmad Zahid Hamidi.

Susulan konfrontasi itu, individu berkenaan memaklumkan kepada Nurulhidayah bahawa dia mendapatkan imej kad pengenalan Ahmad Zahid secara dalam talian dan menggunakannya untuk menakutkan orang lain.

“Kau bertuah sebab aku kesian kat kau sebab kau budak. Kalau tak kau masuk lokap, nak (anak)!” menurut kapsyen ditulis.

Video itu memaparkan Nurulhidayah sedang berbual dengan individu terbabit yang kedengaran mengakui kesilapannya dan memohon maaf di atas segala kesan buruk susulan perbuatan itu.

Semuanya bermula dengan ular sawa Burma

The Vibes mendapati individu terbabit bernama Afiq Haikal yang juga pelajar kursus hubungan antarabangsa dan berusia 24 tahun.

Rupa-rupanya, punca menyebabkan Afiq berlagak sebagai anak Timbalan Perdana Menteri mempunyai kaitan dengan kisah ular sawa Burma.

Bercakap kepada The Vibes, seorang individu, Nur Balqis, 21, menjelaskan bahawa dia memberikan ular sawa Burma peliharaannya kepada teman wanita Afiq untuk dijaga.

“Bila saya datang semula untuk mengambil ular itu, saya cuba menghubungi teman wanitanya, tetapi dimaklumkan dia sedang bercuti di Pulau Tioman yang sebenarnya tidak benar.

“Apa yang berlaku ialah ular saya melarikan diri dari rumahnya dan dia menyekat saya melalui telefonnya,” kata Balqis kepada The Vibes.

Dia kemudian pergi ke rumah di mana ular itu ditempatkan dan apa yang mengejutkan, premis menempatkan banyak haiwan itu kotor dan dipenuhi ‘kutu’.

Selain sampah dan najis merata-rata, Balqis turut mendakwa menemui dua ekor kucing mati di dalam rumah itu.

“Tiada bukti dia memukul haiwan ini, tetapi ini jelas pengabaian yang juga penderaan,” kata Balqis.

Balqis kemudian memutuskan untuk mengambil video dan gambar rumah berkenaan dan menyiarkannya menerusi media sosial, bagi memberi amaran kepada orang ramai agar tidak memberikan haiwan untuk dijaga pasangan itu.

Tweet itu yang dimuat naik semalam, diulang ciap 10,400 kali dan menerima 7,338 tanda suka setakat jam 7 pagi tadi.

Ia turut mendapat komen daripada pengguna Twitter lain yang mendakwa mempunyai pengalaman buruk berurusan dengan pasangan itu.

Malah, seorang pengasas tempat perlindungan haiwan mendakwa pasangan itu berbohong mengenai perkahwinan, bagi mendapatkan anak anjing buta.

Bagaimanapun, pasangan itu meninggalkan anjing terbabit di rumah rakan Islam.

Apabila pengasas pusat perlindungan haiwan itu menghubungi Afiq, dia dilaporkan tidak memberi sebarang maklum balas.

Balqis kemudian mendakwa pasangan itu tidak pernah berkahwin dan teman wanita Afiq di bawah umur.

Susulan tweet Balqis yang tular, dia berhasrat membuat aduan kepada pihak berkuasa berhubung dakwaan penderaan dalam bentuk pengabaian.

Dia juga mendakwa Afiq mula berkomunikasi secara kasar dan mendakwa sebagai anak tiri Zahid.

‘Saya hanya cuba menakutkan orang’

The Vibes menghubungi Afiq yang mengaku salah mendakwa dirinya sebagai anak tiri Timbalan Perdana Menteri.

Jelasnya, punca di sebalik tindakannya adalah untuk menakut-nakutkan individu tertentu.

“Saya tipu anak tiri Timbalan Perdana Menteri...salah saya, sebab saya nak ugut orang,” katanya.

Nurul Zahid menelefon saya…Saya menjelaskan kepadanya, menjelaskan bahawa saya mendapat gambar (kad pengenalan Zahid) dalam talian dan saya menghantarnya melalui WhatsApp untuk menakutkan seseorang.

“Ini salah saya dan saya bersalah,” kata Afiq ketika dihubungi.

Dia turut mengesahkan dakwaan Balqis mengenai ular sawa Burma itu, dengan menjelaskan teman wanitanya menjaga haiwan terbabit sebelum ia melarikan diri dari kandangnya.

Afiq juga mendakwa teman wanitanya mengalami gangguan kesihatan mental, sebagai menerangkan tindakan lain dibuat wanita itu.

Dia juga mengakui keadaan rumah itu tidak sesuai untuk haiwan.

Ketika ditanya mengenai hubungannya, Afiq mengakui dia tahu kekasihnya itu di bawah umur.

Bagaimanapun, dia tidak dapat memberikan butiran keadaan mental teman wanitanya dan hanya berkata, ibu wanita itu yang mengesahkan dia mempunyai rekod perubatan di Pusat Perubatan Universiti Malaya (PPUM).

Rumah itu tidak sesuai untuk haiwan. Saya pergi ke rumah itu banyak kali dan saya sudah membantunya membersihkan tempat berkenaan.

“Tetapi saya tidak tahu sama ada ia kerana gangguan dialaminya...dia suka keadaan semak,” kata Afiq.

Mengenai pengambilan anjing buta itu, Afiq seolah-olah menyalahkan teman wanitanya dengan menyatakan wanita terbabit yang berbohong untuk mengatakan mereka berkahwin bagi mendapatkan anak anjing terbabit.

Mengulas lanjut, Afiq berkata, dia tidak mengendahkan pesanan ringkas pengasas pusat perlindungan haiwan berkenaan kerana terkesan dengan keadaan itu. – The Vibes, 25 Mei 2023

Sorotan

1

Pesara Swasta Rugi RM1.2 Juta Ditipu 'Phone Scam' 

2

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

3

Terjawab Segala Spekulasi - Janna Nick Dan Dini Schatzmann Selamat Diijabkabulkan, Pilih Koh Lipe Destinasi Bulan Madu Pertama

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Syarikat Korporat Perlu Melabur Untuk Sistem Keselamatan Siber - Fahmi

Semasa 5 jam yang lalu

‘Tak Perlu Tubuh SEGM, Perkasa Suruhanjaya, Agensi Sedia Ada’ - GTM  

oleh Farhana Farush

Politik 15 jam yang lalu

UMNO Perlu Dijenama Semula, Jadi Parti Masa Depan - Perwakilan

Semasa 5 jam yang lalu

Ibu Wanita Hilang Di Thailand Tidak Percaya Video 'Anak Selamat'