web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Iklan Vape Semakin Tidak Terkawal, Kerajaan Didakwa Lepas Tangan?

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 3:19PM

Green Lung Malaysia mendakwa, kerajaan seolah-olah menyerahkan hak sepenuhnya kepada penjual dan industri vape dan rokok elektronik untuk menentukan peraturan sendiri tanpa batasan. - Gambar hiasan Pixabay

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kerajaan digesa mengambil tindakan lebih drastik bagi mengekang promosi dan pengiklanan produk vape yang semakin tidak terkawal dan melampau sejak kebelakangan ini.

Pertubuhan Green Lung Malaysia mendakwa, kerajaan seolah-olah menyerahkan hak sepenuhnya kepada penjual dan industri vape dan rokok elektronik untuk menentukan peraturan sendiri tanpa batasan.

“Sebagai contoh, pelbagai reka bentuk peranti vape dengan watak kartun atau bentuk haiwan yang comel boleh didapati di pasaran dengan tujuan yang ketara untuk menarik perhatian kanak-kanak.

“Peranti vape berbentuk alat tulis seperti liquid paper atau USB drive dan berbentuk smart watch seolah-olahnya diwujudkan untuk memikat hati golongan remaja dan pelajar,” katanya dalam kenyataan.

Malah persatuan itu menegaskan, taktik pemasaran juga semakin berani mengadakan ekspo vape secara besar-besaran selain mesin layan diri disediakan yang menjual pelbagai jenis produk vape.

“Baru-baru ini terdapat iklan vape yang menampilkan kanak-kanak dan remaja bawah umur tanpa segan silu mempromosikan vape di media sosial.

“Mentaliti kanak-kanak dan remaja yang kurang matang amat senang terpengaruh oleh taktik promosi yang menarik,” katanya.

Dalam pada itu, persatuan tersebut menegaskan, mereka menyokong sepenuhnya usaha kerajaan membentangkan Rang Undang-Undang (RUU) Kawalan Produk Merokok pada bulan ini atau selewatnya Jun, seperti dinyatakan Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa pada Jumaat lalu.

“Pembentangan RUU ini amat penting bagi mengatasi masalah penggunaan produk merokok terutama rokok elektronik atau vape dalam kalangan rakyat Malaysia.

“Berdasarkan kenyataan Timbalan Menteri Kesihatan, Lukanisman Awang Sauni, tinjauan Kebangsaan Kesihatan Dan Morbiditi (NHMS) 2022 mendapati penggunaan vape dalam kalangan remaja di negara ini meningkat daripada prevalens 9.8 peratus pada 2017 kepada 14.9 peratus pada 2022, dengan kadar peningkatan sebanyak 52 peratus,” katanya.

Jelas persatuan itu lagi, kadar peningkatan dalam tempoh lima tahun itu amat menakutkan dan jika tidak ditangani segera akan mengancam kesihatan lebih ramai kanak-kanak sekolah rendah dan pelajar sekolah menengah.

“Peningkatan dalam penggunaan vape ini berkaitan rapat dengan polisi kerajaan dan faktor dorongan industri kerana kita tidak mempunyai undang-undang yang mengawal penjualan dan penggunaan vape buat masa ini.

“Lebih-lebih lagi, nikotin dalam vape dan rokok elektronik sudah dikeluarkan daripada Akta Ragun 1952 baru-baru ini,” katanya.

Bagaimanapun, katanya, Dr Zaliha sebelum ini berjanji kepada rakyat Malaysia bahawa Kementerian Kesihatan (KKM) akan membentangkan RUU Kawalan Produk Merokok bersama peruntukan Generasi Penamat atau Generational Endgame (GEG).

“Bulan Mei sudah menghampiri hujung, bilakah kerajaan akan mengotakan janji? Isu pilihan raya akan datang tidak seharusnya digunakan sebagai alasan untuk melengahkan pembentangan dan kelulusan RUU ini.

“Jika kerajaan khuatir RUU akan menyinggung perasaan pengundi, banyak tinjauan awam oleh pihak media dan badan bukan kerajaan menunjukkan sokongan yang memberangsangkan setinggi 97 peratus terhadap pelaksanaan RUU dan GEG, termasuk perokok dan pengguna vape,” katanya.

Tegasnya, kelewatan meluluskan RUU tersebut bukan sahaja memberi implikasi besar kepada kesihatan dan kemaslahatan rakyat Malaysia, tetapi jika berlanjutan dalam jangka masa panjang, akan memberi kesan terhadap sara hidup dan kualiti kehidupan rakyat. – Getaran, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Kenapa Cukai Vape Tak Disentuh Dalam Belanjawan 2026?’ - Teresa

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Diskaun Tol 50 Peratus Sempena Aidilfitri

3

Semasa 1 tahun yang lalu

‘Tidak Benar Kerajaan Abai Kaum India’ - PM

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Perlu Ada Keseimbangan Pada Peraturan Baharu Vape - Panel

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 12 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 16 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad