web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Buli: Polis Siasat Sama Ada Wujud Penglibatan Kongsi Gelap

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 1:45PM

Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk menyiasat sama ada terdapat penglibatan kongsi gelap dalam kes buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth dan sebuah institusi menengah bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Balik Pulau - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Polis sedang menjalankan siasatan lanjut termasuk menyiasat sama ada terdapat penglibatan kongsi gelap dalam kes buli di sebuah sekolah menengah di Butterworth dan sebuah institusi menengah bawah Majlis Amanah Rakyat (Mara) di Balik Pulau dekat sini.

Ketua Polis Pulau Pinang Datuk Khaw Kok Chin berkata pihaknya sedang melengkapkan kertas siasatan tiga kes tersebut sebelum diserahkan kepada Timbalan Pendakwa Raya untuk arahan selanjutnya.

"Mengenai kes buli di sebuah sekolah menengah dan institusi menengah bawah Mara, tangkapan sudah dibuat dan telah diberi jaminan polis seperti yang saya maklumkan sebelum ini, bagaimanapun kami juga menjalankan siasatan sama ada kes itu menjurus kepada kegiatan kongsi gelap sama ada (kongsi gelap) berada di belakang mereka (pelaku) atau pun sebaliknya.

"Sekiranya benar, kita akan ambil tindakan terhadap kongsi-kongsi gelap yang terlibat dalam kes buli di sekolah-sekolah itu," katanya pada sidang akhbar selepas Majlis Perhimpunan Bulanan dan Amanat Ketua Polis Pulau Pinang di Ibu Pejabat Polis Kontinjen Pulau Pinang di sini hari ini.

Beliau berkata demikian ketika diminta mengulas tiga kes buli di sebuah sekolah menengah dan institusi pendidikan menengah di bawah Mara yang berlaku baru-baru ini sehingga menyebabkan penahanan 14 pelajar.

Susulan daripada penahanan mereka, polis merampas enam telefon bimbit bagi membantu siasatan dua  kes yang videonya berdurasi 24 dan 34 saat tular menerusi media sosial sejak Jumaat lepas.

Media sebelum ini melaporkan kesemua remaja lelaki berusia 14 hingga 17 tahun itu dibebaskan dengan jaminan polis selepas pihak polis selesai mengambil keterangan.

Ketiga-tiga kes disiasat mengikut Seksyen 323 Kanun Keseksaan kerana kesalahan mencederakan orang dan Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

2

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

3

Semasa 10 bulan yang lalu

Kerajaan Perkenal Pindaan Kanun Keseksaan, Tangani Kes Buli Secara Khusus

4

Semasa 1 tahun yang lalu

Pakar Patologi Kimia Bunuh Diri, Dibuli Ketua Jabatan Didakwa Jadi Punca

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 7 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 7 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad