web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Merokok Di Premis Makan, Kompaun RM3.7 Juta Dikeluarkan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 11:20AM

Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 14,872 notis kesalahan dengan nilai kompaun RM 3.7 juta bagi kesalahan merokok di premis makan bermula awal tahun ini sehingga April lalu - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Kesihatan (KKM) mengeluarkan sebanyak 14,872 notis kesalahan dengan nilai kompaun RM 3.7 juta bagi kesalahan merokok di premis makan bermula awal tahun ini sehingga April lalu.

Menteri Kesihatan, Dr Zaliha Mustafa berkata, ia antara langkah dijalankan kementerian itu untuk menguatkuasakan larangan merokok di bawah Peraturan-Peraturan Kawalan Hasil Tembakau (PPKHT) 2004 di seluruh negara.

“Secara keseluruhan, sebanyak 12,773 operasi dilaksanakan sepanjang tahun lalu, manakala bagi tahun ini setakat April, jumlah operasi adalah sebanyak 5,028.

“Sepanjang tahun lalu, sebanyak 30,648 notis kesalahan dengan nilai kompaun RM7.6 juta dikeluarkan bagi kesalahan tersebut,” katanya dalam jawapan bertulis di Dewan Rakyat, semalam.

Beliau menjawab soalan Syed Saddiq Syed Abdul Rahman (PH-Muar) mengenai langkah penguatkuasaan larangan merokok di kedai makan berikutan terdapat banyak aduan di media sosial tentang pelanggan yang ingkar perintah tersebut.

Mengulas lanjut, Dr Zaliha berkata, KKM turut menjalankan operasi penguatkuasaan bersepadu bersama Polis Diraja Malaysia (PDRM) di Kuala Lumpur, Negeri Sembilan dan Selangor sepanjang bulan ini, sebelum diperluaskan di negeri lain.

Katanya, talian khas Hotline Aduan Merokok melalui aplikasi Whatsapp 010-860 8949 diwujudkan bagi memudahkan pelaporan daripada orang awam.

“Talian aduan ini masih aktif menerima aduan daripada orang ramai dan aduan tersebut dianalisa dan disalurkan ke Jabatan Kesihatan Negeri (JKN) untuk tindakan selanjutnya.

“Selain itu, aktiviti advokasi turut dijalankan bagi meningkatkan pematuhan orang ramai melalui hebahan berterusan aktiviti penguatkuasaan yang dilaksanakan menerusi pelbagai platform media KKM seperti Twitter, Facebook dan Instagram,” katanya. - Getaran, 24 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 17 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 16 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad