web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Dewan Rakyat Bincang Isu Wang Tidak Dituntut Hari Ini

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 9:09AM

Sidang Dewan Rakyat yang memasuki hari ketiga hari ini, antara lain bakal membincangkan mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 - Gambar Fail Jabatan Penerangan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sidang Dewan Rakyat yang memasuki hari ketiga hari ini, antara lain bakal membincangkan mengenai jumlah wang tidak dituntut setakat 31 Mac 2023 serta cadangan untuk memanfaatkan wang tersebut bagi pembangunan negara.

Menurut Aturan Urusan Mesyuarat di laman rasmi Parlimen, soalan itu akan dikemukakan Fong Kui Lun (PH-Bukit Bintang) kepada Menteri Kewangan pada sesi soal jawab.

Turut tersenarai, soalan daripada Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail (PN-Kubang Pasu) yang meminta Menteri Luar menyatakan langkah yang akan diambil kerajaan bagi mengembalikan kegemilangan, kedudukan dan peranan Malaysia di peringkat antarabangsa termasuk ASEAN yang dilihat semakin terpencil serta tidak dinamik seperti pada era 1980-an dan 1990-an.

Mohd Sany Hamzan (PH-Hulu Langat) pula akan mengajukan soalan kepada Menteri Sumber Manusia mengenai sama ada kementerian berhasrat melaksanakan tabung insentif bagi membantu majikan terutama syarikat swasta mewujudkan peluang bersesuaian dengan bidang kepada pelajar pusat pengajian tinggi yang melaksanakan tugasan latihan kerja dengan elaun berpatutan.

Selesai sesi soal jawab, persidangan Dewan Rakyat akan diteruskan dengan perbahasan Rang Undang-Undang Insolvensi (Pindaan) 2023 oleh Ahli-ahli Parlimen yang mengambil bahagian.

Selain itu, antara rang undang-undang yang tersenarai untuk bacaan kali kedua pada hari ini ialah Rang Undang-Undang Fi (Jabatan Penyiaran Malaysia) (Pengesahan) 2023, Rang Undang-Undang Tenaga Boleh Baharu (Pindaan) 2023 dan Rang Undang-Undang Pihak Berkuasa Pembangunan Tenaga Lestari (Pindaan) 2023.

Persidangan Dewan Rakyat kali ini berlangsung selama 11 hari bermula 22 hingga 25 Mei dan bersambung semula pada 6 hingga 15 Jun ini. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

RUU Hadkan Tempoh Perkhidmatan PM Gagal Diluluskan, Hanya Terima Sokongan 146 Ahli Parlimen 

2

Semasa 4 bulan yang lalu

Pelaksanaan 'Smart Lane', Dasar Lori Lebih Muatan Antara Tumpuan Dewan Rakyat Hari Ini

3

Semasa 7 bulan yang lalu

Hukuman Rotan: PM Sokong Laksana, Tapi Perlu Kawalan Ketat

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Kerajaan Sedia Pinda RUU Pembaharuan Semula Bandar - PM

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 18 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 18 jam yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam