web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


‘Saya Bagi Amaran! Demi Allah Saya Tak Benarkan Ia Berlaku Di Johor’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 24 May 2023 7:11AM

Mohd Fared Mohd Khalid mengarahkan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) untuk mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Johor memberi amaran kepada semua pihak agar tidak menganjurkan sebarang program yang mendorong orang ramai melakukan maksiat dan kegiatan tidak bermoral.

Peringatan itu diberikan Pengerusi Jawatankuasa Hal Ehwal Agama Islam Johor, Mohd Fared Mohd Khalid susulan tular sebuah poster penganjuran pesta seks bertajuk 'Gang Bang JB Party' yang dijadual diadakan di bandar raya itu pada 20 Jun depan.

Difahamkan program tersebut terbuka untuk semua kaum, namun pengunjung tidak dibenarkan mengambil gambar atau merakam sebarang video sepanjang pesta berlangsung.

Susulan itu, Mohd Fared mengarahkan Jabatan Agama Islam Johor (JAIJ) untuk mengambil tindakan segera dan menjalankan siasatan berhubung perkara itu.

“Saya bagi amaran! Demi Allah saya tak akan benarkan ia berlaku di Johor. Semua mesti bantu cegah dan halang kegiatan tak bermoral ini,” katanya.

Pada Disember tahun lalu, JAINJ berjaya menggagalkan penganjuran pesta buih di kolam renang sebuah hotel di bandar raya itu, hasil aduan orang awam selepas jemputan ke parti tertutup itu tular di media sosial.

Sementara itu, kerajaan khususnya Kementerian Komunikasi dan Digital (KKD) turut diminta agar memantau aplikasi Twitter kerana didakwa dicemari penyebaran pelbagai isu negatif yang boleh merosakkan akidah penggunanya.

Pendakwah, Syed Mohd Bakri Syed Ishak atau PU Syed berkata, perbincangan di Twitter dilihat sangat terbuka seperti isu penganjuran pesta seks bebas, ‘Gang Bang JB Party’, yang dijadualkan berlangsung Jun ini.

“Alhamdulillah kita telah dedahkan dan dapat respons baik daripada Exco Kerajaan Negeri Johor. Mungkin mereka tidak tahu semua, apabila kita beritahu, respons dan tindakan yang diberi sangat positif, itulah yang dimahukan.

“Bukan bermakna kita salahkan kerajaan tetapi dengan adanya pendedahan itu diharapkan pihak berwajib dapat bertindak dan beri kerjasama walaupun berlainan ideologi serta parti politik,” katanya.

PU Syed turut memuat naik keratan poster pesta berkenaan dan beberapa tangkap layar hantaran Twitter berhubung penganjuran terbabit.

Selain memaparkan tarikh berkaitan penganjuran, poster terbabit turut menyatakan mengenai terma dan syarat untuk mana-mana individu yang berminat menyertai parti seks berkenaan.

Antara syarat utama yang ditetapkan adalah menggalakkan jemputan untuk membawa kondom sendiri, selain menyatakan bahawa parti itu terbuka kepada semua bangsa. – Getaran, 24 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

2

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Kolum 2 hari yang lalu

Retorik Eksklusif MB Johor Khianati Rakyat, Dedah Hipokrasi Politik UMNO

4

Semasa 3 hari yang lalu

Tengkorak Manusia Ditemui Dalam Jaring Nelayan Di Perairan Johor

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Luar Negara 7 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar