web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kesiapsiagaan Maritim Keutamaan Kerajaan Tangani Ancaman Di Perairan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 9:38PM

LIMA ‘23 bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” bermula hari ini hingga 27 Mei. - Gambar dari Facebook Fahmi Fadzil

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

LANGKAWI - Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim negara khususnya tentera laut menjadi keutamaan kerajaan dalam menangani ancaman di perairan Malaysia.

Katanya beliau akan melihat keperluan itu namun segala keputusan akan dibuat mengikut keupayaan negara untuk menyediakan keperluan itu.

Anwar Ibrahim - Gambar fail
Anwar Ibrahim - Gambar fail

“Malaysia adalah sebuah negara maritim. Keseluruhan perairan itu membentuk negara Malaysia. Soal pertahanan dan kesiapsiagaan maritim khusus tentera laut jadi keutamaan kita,” katanya kepada Bernama dan RTM ketika menghadiri program “Fleet Review” sempena Pameran Maritim dan Aeroangkasa Antarabangsa Langkawi  (LIMA ‘23) di Resort World Langkawi di sini hari ini.

Fleet Review ialah suatu acara perhimpunan kapal-kapal daripada tentera laut negara tertentu yang disaksikan oleh ketua negara dan/atau orang kenamaan awam dan tentera.  

Terdahulu sebaik tiba di sini, beliau hadir di Resort World Langkawi bagi menyempurnakan perasmian segmen maritim.

Mengulas mengenai LIMA ‘23, Perdana Menteri berkata ia mendapat sambutan yang baik dan penganjurannya cukup memuaskan.

“ Ia akan beri pulangan terutama kepada sektor pertahanan negara secara umumnya,” katanya.

LIMA ‘23 bertemakan “Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia” bermula hari ini hingga 27 Mei.

Edisi kali ini melibatkan dua kementerian iaitu Kementerian Pertahanan (Sektor Pertahanan) dan Kementerian Pengangkutan (Sektor Komersil).

Kali terakhir acara dwitahunan itu diadakan ialah pada 2019 dan ditangguhkan pada 2021 susulan pandemik COVID-19 yang melanda dunia ketika itu. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 10 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad