web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Andai PH-BN Tersungkur, TPM Perlu Berundur Secara Terhormat – PAS

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 8:05PM

Ahmad Zahid Hamidi - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - PAS mencabar Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi untuk berundur daripada jawatannya secara terhormat, jika Pakatan Harapan (PH) dan Barisan Nasional (BN) tewas pada enam Pilihan Raya Negeri (PRN) yang akan datang.

Cabaran itu dibuat, Ketua Penerangan PAS Pusat, Khairil Nizam Khirudin sebagai reaksi balas terhadap kenyataan Ahmad Zahid yang mencabar Pengerusi Perikatan Nasional (PN), Tan Sri Muhyiddin Yassin, menggunakan PRN di enam negeri sebagai ‘kayu ukur’ sokongan rakyat.

Khairil Nizam Khirudin - Gambar dari media sosial
Khairil Nizam Khirudin - Gambar dari media sosial

“PAS yakin kemelut yang berlaku dalaman PH-BN, selain kelemahan pentadbiran Perdana Menteri ke-10 (PMX) yang terlalu ketara akan dihukum rakyat dalam PRN ini.

“Andai PH-BN tersungkur, Timbalan Perdana Menteri (TPM) perlu berundur secara terhormat,” katanya dalam kenyataan.

Menurut beliau, Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15) sudah membuktikan BN-UMNO merekodkan keputusan terburuk dalam sejarah politiknya.

“Ini kerana BN-UMNO hanya memperoleh 30 kerusi Parlimen sahaja dengan UMNO hanya tinggal 26 kerusi dan ini adalah pencapaian terburuk Presiden UMNO setakat ini,” katanya.

Muhyiddin Yassin - Gambar fail
Muhyiddin Yassin - Gambar fail

Pada Ahad lalu, Ahmad Zahid mencabar Muhyiddin menggunakan PRN sebagai platform untuk menentukan tahap sokongan rakyat.

Malah, beliau turut mengucapkan selamat maju jaya kepada Muhyiddin, yang juga Presiden Parti Pribumi Bersatu Malaysia (BERSATU) untuk menghadapi PRN tidak lama lagi.

“Saya ucapkan selamat maju jaya kepada beliau dan gabungan parti beliau. Marilah kita sama-sama membuktikan pada keputusan PRN di enam negeri nanti, siapakah yang lebih diterima rakyat,” katanya.

Mengulas lanjut, Khairil berkata, dengan pelbagai isu yang menyakitkan rakyat melingkari kerajaan PH-BN dan tunduknya UMNO kepada DAP, pastinya ahli parti itu akan mengalih sokongan mereka kepada PN.

Katanya, peralihan sokongan itu juga ditambah dengan perbalahan pembahagian kerusi antara UMNO dan DAP di beberapa negeri hingga ramai ahli parti itu kini tekad menentang UMNO secara terbuka.

Terdahulu, Ahmad Zahid memaklumkan BN sudah hampir memuktamadkan rundingan pembahagian kerusi bersama PH bagi menghadapi enam PRN yang akan diadakan tidak lama lagi.

Katanya, beliau yakin soal pembahagian kerusi itu dapat diselesaikan dalam tempoh terdekat. – Getaran, 23 Mei 2025

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 15 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 9 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad