web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Sesi Persekolahan Pada Januari Bermula 2026 - Fadhlina

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 4:27PM

Sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026 malah KPM juga telah melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam supaya ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sesi persekolahan akan kembali dimulakan pada Januari bermula 2026, umum Menteri Pendidikan, Fadhlina Sidek. 

Beliau berkata Kementerian Pendidikan (KPM) juga merancang untuk diawalkan permulaan kalendar akademik sesi 2024/2025 kepada Februari 2025.

“KPM telah meneliti cadangan untuk mengembalikan semula kalendar akademik persekolahan bermula pada Januari seperti sebelum ini...berharap dengan pengumuman ini, aspek kewangan dan ekonomi dapat dirancang mulai sekarang oleh semua pihak yang terlibat.

“Secara tidak langsung perancangan cuti keluarga, kenduri-kendara dan cuti guru seperti yang telah diumumkan dalam 10 prakasa sempena sambutan Hari Guru dapat diatur berdasarkan kalendar akademik persekolahan ini yang akan diwartakan,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat hari ini. 

Fadhlina Sidek - Gambar dari Jabatan Penerangan
Fadhlina Sidek - Gambar dari Jabatan Penerangan

Beliau menjawab soalan Aminolhuda Hasssan (PH-Sri Gading) yang ingin tahu bilakah sesi akademik persekolahan dapat dimulakan pada Januari seperti lazimnya sebelum penularan COVID-19.

Mengulas lanjut, Fadhlina berkata pihaknya sedang melihat kepada keperluan dan kesesuaian penyediaan kalendar akademik persekolahan bagi memastikan proses pengajaran dan pembelajaran dapat dilaksanakan secara optimum dan memenuhi jumlah 190 hari persekolahan yang diperlukan dalam setahun.

“KPM juga telah melakukan penjajaran kepada jadual peperiksaan awam supaya ia selari dengan perubahan kalendar akademik persekolahan,” katanya. 

Menurutnya, sebarang perubahan kepada kalendar akademik persekolahan perlu mengambil kira faktor ekonomi setempat, kejadian banjir pada hujung tahun selain memastikan ia tidak mengganggu jadual peperiksaan awam seperti Sijil Pelajaran Malaysia (SPM), Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM) dan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Politik 15 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad