Berita Terkini

2 jam yang lalu: Warga emas wanita maut disyaki dipukul anak perempuan 2 jam yang lalu: Pelaksanaan Fasa 1 JENDELA berjaya, lepasi sasaran ditetapkan - MCMC 2 jam yang lalu: 3 maut dalam kemalangan babitkan 2 kenderaan di Tangkak 2 jam yang lalu: Piala Remaja Asia: Malaysia tamatkan cabaran di kedudukan keempat 2 jam yang lalu: Panasonic tawar MSS susulan penutupan 2 jabatan pembuatan

IKUTI KAMI


Malaysia Perkukuh Ekosistem Semikonduktor, Sasar 15 Peratus Bahagian Pasaran Pada 2030

Semasa Dikemaskini 1 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 23 May 2023 4:19PM

Ahmad Zahid (kanan) diiringi Chow Kon Yeow (dua, kanan) melawat pameran pada Majlis Perasmian SEMICON Southeast Asia 2023 di Pusat Konvensyen Setia Spice hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Kerajaan bercadang untuk mengukuhkan lagi ekosistem semikonduktor di Malaysia dan berharap mencapai 15 peratus bahagian pasaran bagi aktiviti pemasangan, ujian dan pembungkusan menjelang 2030 berbanding 13 peratus pada masa ini, kata Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau berkata antara kaedah mampan bagi mencapai matlamat berkenaan adalah memberi penekanan kepada pendidikan sains, teknologi, kejuruteraan dan matematik dalam kalangan generasi muda.

“Sebagai pengerusi Majlis TVET (pendidikan dan latihan teknikal dan vokasional) negara, saya juga telah menandatangani pelbagai memorandum persefahaman dengan pemain industri supaya sukatan pelajaran dan modul pembelajaran di institusi TVET dapat dikemas kini mengikut keperluan industri,” katanya pada sidang akhbar selepas merasmikan SEMICON Asia Tenggara 2023 di sini hari ini.

Hadir sama ialah Ketua Menteri Pulau Pinang Chow Kon Yeow.

Beliau berkata Malaysia muncul antara 10 hab global terbaik bagi semikonduktor dan elektronik yang menyaksikan negara ini sebagai pengeksport ketujuh terbesar dunia bagi semikonduktor, dengan bahagian pasaran sebanyak tujuh peratus.

Menurut Ahmad Zahid, daya tarikan Malaysia sebagai pusat pelaburan global telah menarik banyak syarikat berteknologi tinggi dari seluruh dunia untuk mewujudkan operasi di negara ini. 

“Kerajaan komited untuk bekerjasama dengan pihak berkepentingan industri untuk memperincikan keseluruhan rantaian bekalan dan membangunkan campur tangan bersasar yang menyokong industri dan memacu pertumbuhan. 

“Dengan mengadakan kerjasama, negara dapat mencapai matlamat bersama dan memastikan kejayaan jangka panjang industri dan negara. Ini diharap dapat memacu Malaysia untuk berpotensi muncul sebagai hab digital pilihan di Asia Tenggara satu hari nanti," katanya.

Acara tiga hari yang bermula semalam dengan tema “Mendorong Ketangkasan dan Daya Tahan Rantaian Bekalan Elektronik” akan memberi penekanan kepada bidang kritikal pertumbuhan industri semikonduktor termasuk kemampanan, pembuatan pintar, mobiliti pintar, teknologi perubatan pintar dan pembangunan tenaga kerja.

Acara itu dianjurkan oleh persatuan industri global, SEMI dengan rakan strategiknya Lembaga Pembangunan Pelaburan Malaysia (MIDA) dan InvestPenang.

Timbalan Ketua Pegawai Eksekutif MIDA (Pembangunan Pelaburan) Lim Bee Vian berkata industri elektrik dan elektronik (E&E) bersedia untuk meneruskan trajektori pertumbuhannya pada 2023, dipacu oleh permintaan global yang meningkat terhadap peralatan cip dan semikonduktor, apabila pada 2022 industri itu menarik jumlah pelaburan sebanyak RM29.3 bilion daripada 106 projek, dengan 95.2 peratus adalah daripada sumber asing.

“Pelaburan ini bukan sahaja menyumbang kepada pertumbuhan ekonomi, malah turut mencipta peluang pekerjaan termasuk pekerjaan berkemahiran tinggi.

“Menerusi ekosistem industri E&E yang teguh, Malaysia telah menjadi magnet bagi syarikat elektronik terbesar dan paling inovatif dunia termasuk gergasi industri seperti Intel, ST Microelectronics, Infineon, Micron, Texas Instruments, TF AMD dan Osram," katanya. - Bernama

Sorotan

1

Isu kontrak CEO FINAS Ditamatkan Lebih Awal Bukanlah Suatu Kes Unik - Kamil Othman Ulas

2

FINAS: Penamatan Khidmat Dr Md Nasir Keputusan Lembaga Pengarah - Fahmi

3

Lelaki Didakwa Bunuh Teman Wanita Hamil

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Warga Emas Maut Disyaki Didera Anak, Menantu

oleh Wartawan Getaran

Semasa 18 jam yang lalu

Kejatuhan Ringgit Bukan Sebab Tiada Menteri Kewangan Sepenuh Masa Tapi… - PM

oleh Wartawan Getaran

Semasa 12 jam yang lalu

Tular Pekerja Penghantaran ‘Koyak’ Parcel, Syarikat Kurier Mohon Maaf, Akan Siasat

oleh Farhana Farush

Semasa 1 hari yang lalu

Aliran Pergerakan Penumpang MAHB Kekal Lebih 9 Juta Pada April 2023