web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Warga Emas Didakwa Dikasari Jururawat, Orang Ramai Gesa KKM Siasat

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 7:00PM

Gambar hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Pendedahan individu yang mendakwa ibunya yang juga seorang warga emas berusia 60-an menerima layanan buruk ketika dirawat di sebuah hospital di Johor, mengejutkan ramai.

Menerusi dakwaannya seperti dilaporkan media hari ini, individu terbabit berkata, dalam kejadian  pada jam 6 pagi, 13 Mei lalu itu, wanita tersebut dikejutkan seorang jururawat yang memintanya supaya mandi.

Dia berkata, ibunya menolak arahan jururawat kerana tidak berdaya bangun atau bergerak, membuatkannya dikasari.

“Bukan saja dipukul di kaki, ibu mendakwa pakaiannya ditanggal ketika sedang tidur.

“Ibu menyatakan jururawat itu memukul kakinya dengan kuat sehingga terkejut dari tidur dan berasa sakit,” katanya.

Susulan itu, individu terbabit berkata, dia menghubungi pihak hospital berkenaan untuk mengadu, tetapi kakitangan di situ mendakwa kesalahan adalah di pihak ibunya.

“Saya ke hospital untuk membuat aduan dan ketika melakukan rakaman suara dan gambar ibu bagi tujuan mengadu kejadian menimpanya, seorang jururawat tiba-tiba meninggikan suara.

“Berikutan khuatir ibu saya semakin tertekan sekiranya berada di situ, saya meminta supaya dia dibenarkan pulang. Saya juga membuat aduan kepada Kementerian Kesihatan (KKM) menerusi Sistem Pengurusan Aduan Awam (SisPAA). Pada Jumaat lalu, saya dan ibu diminta untuk hadir ke sesi perbincangan bersama pengurusan hospital,” katanya.

Rentetan dakwaan itu, tinjauan di media sosial mendapati, rata-rata pengguna menggesa supaya KKM melakukan siasatan terperinci bagi mengenalpasti kesahihannya.

Kata mereka, siasatan itu juga penting bagi mengetahui apa sebenarnya berlaku berhubung dakwaan berkenaan dan sekiranya benar, ia mampu memberi keadilan kepada mangsa, tambahan ia membabitkan golongan tua.

Malah, mereka berkata, sekiranya terbukti benar, tindakan tegas harus dikenakan kepada pelaku memandangkan sebagai kakitangan barisan hadapan dalam sektor kesihatan, jururawat terbabit harus bersikap profesional, melayan pesakit sebaiknya dan tidak bertindak ‘kasar’.

“KKM perlu ambil tindakan supaya jadi pengajaran kepada semua,” kata Vinodhan Sukumaran

“Harap KKM siasat segera,” ujar Suresh Palanivelo.

“Sikap jururawat seperti ini tidak harus dibiarkan jika benar, buangnya dari tugasan,” tegas pengguna lain.

Di sebalik dakwaan itu, ada netizen berkongsi pengalaman mereka yang menerima layanan baik daripada jururawat ketika menerima rawatan di hospital awam.

“Alhamdulillah, semasa saya masuk wad hospital kerajaan beberapa kali, jururawatnya baik-baik,” kongsi Suhaimi Abdullah.

“Tak tau la. Tak pernah lagi jururawat buat hal…,” respon pengguna lain.

Ling Tian Soon - Gambar Bernama
Ling Tian Soon - Gambar Bernama

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan dan Perpaduan Johor, Ling Tian Soon dilaporkan berkata, pengurusan hospital akan menyiasat perkara itu.

Katanya, beliau akan meminta pihak hospital untuk melakukan siasatan terlebih dahulu, bagi mengetahui apa sebenarnya berlaku pada masa itu. – Getaran, 21 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 13 jam yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad