web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kerosakan 36 Sekolah Akibat Ribut Akan Dinilai, Dibaiki Segera - KPM

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 21 May 2023 1:39PM

Penilaian lanjut akan dibuat terhadap kerosakan dialami 36 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akibat ribut kelmarin. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR – Kementerian Pendidikan (KPM) memaklumkan, penilaian lanjut akan dibuat terhadap kerosakan dialami 36 sekolah di Kuala Lumpur dan Selangor akibat ribut kelmarin.

Menerusi kenyataannya, KPM berkata, penilaian itu akan dibuat pihak Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur (JPWPKL), Jabatan Pendidikan Negeri Selangor (JPNS) dan Pejabat Pendidikan Daerah (PPD).

Ujarnya, penilaian itu akan dibuat dengan kerjasama dari Jabatan Kerja Raya (JKR).

“Seterusnya, pihak JKR akan mengemukakan laporan penilaian berserta anggaran kos kepada KPM.

“Penyaluran peruntukan penyelenggaraan untuk tujuan membaiki kerosakan di bawah kecemasan akan disalurkan kepada JPWPKL dan JPNS dengan kadar segera,” menurut kenyataan itu hari ini.

Pada masa sama, KPM memaklumkan, JPWPKL, JPNS dan PPD akan melaksanakan pembaikan serta pembersihan segera di sekolah berkenaan, bagi membolehkan sesi pengajaran dan pembelajaran (PdP) diteruskan tanpa sebarang gangguan.

“KPM sentiasa mengambil berat perkara berkaitan keselamatan, kesejahteraan dan kebajikan seluruh warganya,” katanya.

Pada masa sama, KPM berkata, kejadian ribut yang melanda beberapa kawasan di dua negeri berkenaan, mengakibatkan kerosakan kepada 27 sekolah di Kuala Lumpur dan sembilan sekolah di Selangor.

Semalam, media melaporkan, sebanyak 15 sekolah di ibu negara terjejas dalam kejadian ribut sehari sebelumnya, sekali gus mengakibatkan banyak kerosakan terhadap infrastruktur institusi pendidikan berkenaan.

Menteri Kerja Raya, Datuk Seri Alexander Nanta Linggi berkata, sekolah terjejas itu mengalami beberapa kerosakan, seperti bumbung tercabut dan pokok tumbang.

Beliau berkata, JKR Kuala Lumpur sedang menjalankan semakan dan siasatan lanjut untuk mengenal pasti lebih mendalam jenis serta tahap kerosakan semua sekolah terbabit.

Katanya, buat masa ini, JKR sudah menasihatkan pihak sekolah, termasuk guru dan pelajar supaya mengelak daripada memasuki kawasan terjejas, sehingga keselamatan lokasi berkenaan dipastikan terlebih dahulu. – Getaran, 21 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 bulan yang lalu

2 Pelajar Maut, KPM Arah IPG Henti Semua Aktiviti Ekstrem, Sukan Air

2

Pendidikan 2 bulan yang lalu

Tangguh Aktiviti Luar Jika Suhu Lebih 35 Selsius - KPM

3

Semasa 7 bulan yang lalu

‘Anak Saya Ditikam Lebih 200 Kali’ - Ibu Mangsa

4

Semasa 9 bulan yang lalu

Lagi Kes Buli: Pelajar Tingkatan 3 Cedera Dibuli 6 Rakan Sekolah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 9 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 4 jam yang lalu

Tunku Zain Al-’Abidin Diisytihar Tunku Panglima Besar Negeri Sembilan

oleh Sophia Ahmad