web statsweb stats

Berita Terkini

1 hari yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 hari yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kerajaan Kenal Pasti Keluasan Tanah Untuk Aktiviti Agromakanan - Ahmad Zahid

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 20 May 2023 2:12PM

Ahmad Zahid Hamidi (dua dari kiri) bersalaman dengan orang ramai sebaik tiba pada Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felcra Berhad di Bukit Tiu hari ini. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MACHANG - Kerajaan menerusi Felcra Berhad sedang mengenal pasti keluasan tanah yang mencukupi untuk digunakan sebagai aktiviti agromakanan, kata Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi.

Beliau yang juga Menteri Kemajuan Desa dan Wilayah berkata hal ini secara tidak langsung akan memberi peluang kepada peserta Felcra dan generasi seterusnya sebagai tenaga kerja dalam bidang terbabit.

"Saya telah tetapkan tanggungjawab baharu kepada Felcra untuk bantu kerajaan dan rakyat dengan menjadi sebuah agensi yang melakukan aktiviti pengeluaran bahan makanan selain membantu Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan bagi mengurangkan import bahan makanan seperti beras daging, ayam dan telur.

"Kita bukan nak bersaing dengan pengeluar sedia ada tetapi sekadar kurangkan kos sara hidup dan untuk tentukan bahawa soal keterjaminan makanan ini tidak bermusim sama ada musim raya atau sebaliknya," katanya.

Beliau berkata demikian kepada pemberita selepas menghadiri Majlis Sambutan Hari Raya Aidilfitri Felcra Berhad di Bukit Tiu, di sini hari ini, yang turut dihadiri, Pengerusi Felcra Berhad Datuk Ahmad Jazlan Yaakub.

Ahmad Zahid berkata Felcra yang turut mempunyai entiti perniagaan lain akan terus dipantau beliau untuk mengembangkan lagi urus niaga agensi terbabit. 

"Setakat ini, kita sudah memiliki 3,000 hektar estet padi di Perak dan sudah mengenal pasti sebanyak 12,000 hektar di Sarawak dan 6,000 hektar di Sabah untuk dijadikan estet padi," katanya.

Sementara itu, ketika ditanya mengenai masalah bekalan air di Kelantan, Ahmad Zahid berkata kerajaan menyediakan peruntukan berjumlah RM1 bilion kepada negeri itu bermula tahun ini.

"Peruntukan itu akan dilakukan secara tata kelola dan terus, manakala dari segi operasi kita serahkan kepada Kementerian Kewangan," katanya.

Sebelum ini, Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim berkata kerajaan Perpaduan telah mengambil pendirian untuk menangani masalah berkaitan bekalan air untuk pengguna di Kelantan, dan ia perlu diselesaikan tanpa mengira fahaman politik. - Bernama

Sorotan

1

Malaysia Destinasi Akhir Pendatang Tanpa Izin Kerana Jaringan Keluarga

2

8 Rumah Musnah, Kebakaran Awal Pagi Di Kuala Perlis 

3

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

4

SPRM ‘Mengganas’ Lagi, 3 Tokoh Politik Bakal Didakwa Minggu Depan?

5

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

6

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

Disyorkan untuk anda

Pendidikan 41 minit yang lalu

Salah Laku Seksual Babitkan Pelajar: Jangan Tunggu Kes Tular Untuk Bertindak

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Politik 7 jam yang lalu

Cubaan Jatuhkan Tok Min, Kerajaan Negeri Tak Boleh Diterima - Anwar

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad