web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Task Force 3R: PDRM Akan Panggil Individu Berkaitan Jika Ada Keperluan

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 7:29PM

PDRM pada Mac lalu, menubuhkan task force siasatan membabitkan isu 3R yang berperanan bagi menyiasat kes membabitkan penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) akan memanggil mana-mana pihak atau individu bagi membantu siasatan isu membabitkan 3R (bangsa, agama dan raja) sekiranya terdapat keperluan untuk berbuat demikian.

Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani berkata, ia adalah prosedur standard PDRM dalam menyiasat kes yang dilaporkan kepada pihak berkuasa itu.

“Jika ada keperluan untuk melengkapkan proses siasatan, kita (PDRM) akan panggil mereka yang terlibat dan yang kita percaya ada penglibatan.

“Itu kita punya prosedur standard dalam menyiasat kes yang dilaporkan kepada polis" katanya ketika ditemui pada Majlis Minum Petang Bersama Media di Bukit Aman, hari ini.

Beliau berkata demikian ketika ditanya berhubung apakah Task Force 3R PDRM mempunyai rancangan untuk memanggil Presiden PAS, Tan Sri Abdul Hadi Awang berhubung isu berkaitan.

PDRM pada Mac lalu, menubuhkan task force siasatan membabitkan isu 3R yang berperanan bagi menyiasat kes membabitkan penghinaan terhadap agama, kaum dan Institusi Diraja.

Setiausaha PDRM, Datuk Noorsiah Mohd Saaduddin dilaporkan berkata, task force itu diketuai Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah.

Manakala, siasatan dikendalikan Unit Siasatan Jenayah Terkelas (USJT) Bahagian D5, Jabatan Siasatan Jenayah (JSJ).

Objektif task force itu, katanya, adalah untuk memastikan siasatan dijalankan dengan kadar segera dan dikemukakan kepada Pejabat Peguam Negara dalam tempoh tujuh hari. - Getaran, 18 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 3 bulan yang lalu

Dakwaan Sabotaj Negara: PDRM Ambil Keterangan 3 Individu - KPN

2

Semasa 6 bulan yang lalu

‘PDRM Tak Perlu Siasat Siapa Yang Kritik Saya’ - Anwar

3

Semasa 8 bulan yang lalu

Cawangan Khas PDRM Agensi Perisikan Pertama Berjaya Bongkar Sel Kumpulan JI - Ayob Khan

4

Semasa 2 tahun yang lalu

PM Gesa Tindakan Tegas Terhadap Pihak Lakukan Kekacauan

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 11 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar