web statsweb stats

Berita Terkini

15 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 15 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Mad Zaidi Dilantik KSU KPK

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 18 May 2023 9:40AM

Mad Zaidi (kiri) mempunyai pengalaman luas dalam pelbagai bidang. - Gambar dari Facebook Kementerian Perladangan dan Komoditi - KPK

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Datuk Mad Zaidi Mohd Karli@Sukari dilantik sebagai Ketua Setiausaha (KSU) Kementerian Perladangan dan Komoditi (KPK) berkuat kuasa hari ini.

Mad Zaidi, 53, sebelum ini adalah Timbalan Ketua Setiausaha (Perladangan dan Komoditi) di kementerian sama.

Ketua Setiausaha Negara Tan Sri Mohd Zuki Ali berkata Mad Zaidi berpengalaman luas dalam pelbagai bidang meliputi perancangan strategik, pengurusan dan bidang-bidang teras berkaitan perladangan dan komoditi.

"Dengan pengalaman dan kredibiliti yang dimilikinya, saya yakin beliau mampu melaksanakan tanggungjawab dengan meneruskan misi kementerian dalam meningkatkan daya saing global Malaysia menerusi produk-produk agrikomoditi yang bernilai tinggi dan lestari," katanya dalam kenyataan hari ini.

Berkelulusan Ijazah Sarjana Sains dari Universiti Putra Malaysia dan Sarjana Sains dari University of London, Mad Zaidi telah berkhidmat dalam perkhidmatan awam selama 28 tahun dengan jawatan pertama disandang adalah Penolong Pengarah di Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 8 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 9 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan