web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Kenyataan Tular Dakwa Keputusan SPM Diumum 25 Mei Ini Tidak Benar

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 1:58PM

KPM berkata sebarang kenyataan rasmi daripada pihaknya berhubung perkara berkenaan hanya akan disampaikan menerusi portal dan laman media sosial rasmi kementerian itu. - Gambar fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menafikan pihaknya mengeluarkan kenyataan bahawa tarikh keputusan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) 2022 adalah pada 25 Mei ini.

Menerusi hantarannya di Twitter, KPM memaklumkan, kenyataan tular terbabit yang mengandungi perincian bahawa KPM menetapkan tarikh itu untuk keputusan SPM 2022 adalah palsu.

“KPM tidak pernah mengeluarkan kenyataan berhubung tarikh keputusan SPM seperti ditularkan,” katanya.

Pada masa sama, KPM berkata, sebarang kenyataan rasmi daripada pihaknya berhubung perkara berkenaan hanya akan disampaikan menerusi portal dan laman media sosial rasmi kementerian itu.

“Semak berita palsu, tidak pasti jangan kongsi,” katanya.

Terdahulu, tular kenyataan bertajuk Keputusan SPM 2022 yang memaklumkan KPM dan Lembaga Peperiksaan (LPM) bersepakat mengumumkan bahawa tarikh keputusan peperiksaan itu adalah pada 25 Mei 2023.

“Berikutan itu, ibu bapa dan pelajar boleh menyemak keputusan secara terus di sekolah dan melalui pautan dalam talian tepat jam 10 pagi hingga 10 malam,” menurut kenyataan tular itu.

Sementara itu, tinjauan di ruangan komen mendapati, rata-rata netizen mengecam perbuatan pihak tidak bertanggungjawab memuat naik kenyataan palsu terbabit.

“Ada saja pihak yang tidak bertanggungjawab. Senang hati melihat orang lain terpedaya atau tertipu,” kata @Ashley02436333.

“Usually (kebiasaannya) mereka akan umumkan seminggu awal kan, so santai je. Kalau 25/5 betul keluar result (keputusan) paling lambat diorang umum hari Khamis ni. Kalau tak umum juga maksudnya ia mungkin pada Jun,” ujar @djohnnsonnn.

“Diorang kena pastikan semua berjalan lancar barulah boleh announce the date (umum tarikh itu),” komen @bcy4rl0.

“Rasanya pihak KPM dah boleh umumkan tarikh keputusan sebab ramai dah tak tenang hidup ni terima kasih,” ciap @r1d2uanrusy41d1. – Getaran, 17 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 16 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 15 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad