web statsweb stats

Berita Terkini

8 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 8 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Kontroversi Azan Tri Pinnacle: 'Dakwaan Ada Arahan Halang Laungan Kuat Pembesar Suara Palsu'

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 12:07PM

Ahmad Zakiyuddin (dua dari kiri) menggesa pengguna media sosial, menyemak fakta mereka sebelum berkongsi atau mengulas hantaran membabitkan isu sensitif berkaitan kaum dan agama. - Ian McIntyre

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN – Jawatankuasa Pengurusan Bersama (JMB) tidak pernah menghalang Surau Saidina Umar di Pangsapuri A TRI Pinnacle di Tanjung Tokong di sini, melaungkan azan, menurut pihak berkuasa tempatan.

Justeru, Timbalan Ketua Menteri I Pulau Pinang, Datuk Ahmad Zakiyuddin Abdul Rahman menggesa pengguna media sosial, menyemak fakta mereka sebelum berkongsi atau mengulas hantaran membabitkan isu sensitif berkaitan kaum dan agama.

“Tiada arahan sedemikian daripada JMB pangsapuri itu atau daripada pihak berkuasa agama. Kita perlu berhati-hati dalam hal sebegini.

“Tiada usaha untuk menghalang surau Saidina Umar di Menara A TRI Pinnacle daripada melaungkan azan mereka,” katanya pada sidang media semalam.

Terdahulu, tular video memaparkan orang ramai melaungkan kata-kata tidak berpuas hati sebagai menunjukkan protes terhadap dakwaan terdapat arahan untuk surau berkenaan merendahkan kekuatan bunyi azan atau meletakkan pembesar suara di dalam surau bukan di luar.

Bagaimanapun, Zakiyuddin berkata, video dikongsikan seorang aktivis sosial tempatan, dikenali sebagai Mohd Sophian Mohd Zain itu, mengelirukan dan menimbulkan rasa kurang senang umat Islam.

“Selepas diperiksa, tidak ada apa-apa. Catatan video itu mengelirukan, tidak menunjukkan keikhlasan dan ia dimuat naik dengan niat jahat,” kata Zakiyuddin.

Semalam, dilaporkan Pengerusi TRI Pinnacle JMC, Alex Low dalam sidang media berkata, isu berkaitan hanya dibangkitkan sebagai cadangan semasa mesyuarat agung tahunan JMB bersama penduduk pada 9 Mei lalu.

Katanya, beberapa pihak mencadangkan untuk membincangkan berkaitan isu terbabit, tetapi ia tidak diteruskan kerana dianggap sebagai sensitif.

JMB juga mengeluarkan permohonan maaf, dengan menegaskan perbincangan mesyuarat itu dibuat secara tertutup, tetapi kemudian dihebahkan kepada umum dengan konteks tidak tepat.

“Kami kesal kerana perbincangan dalaman tertutup menjadi tular dan menimbulkan kekeliruan. Kami ingin memohon maaf atas isu ini. Saya secara peribadi memohon maaf jika saya menyinggung perasaan sesiapa,” kata Low.

Kondominium itu mempunyai tiga blok dengan 48 tingkat setiap satu dan Blok A terdiri daripada rumah mampu milik, manakala Blok B serta Blok C adalah unit kos sederhana.

Semalam, Zakiyuddin turut merujuk kepada pandangan Majlis Agama Islam Pulau Pinang terhadap arahan jawatankuasa fatwa negeri pada 2015 bahawa pembesar suara yang dipasang di luar masjid dan surau dibenarkan untuk azan serta iqamah (azan kedua) sahaja.

Dalam konteks itu, Zakiyuddin berkata, kerajaan kesal dengan tindakan Sophian membuat perkongsian itu yang bertentangan dengan apa berlaku.

Pada masa sama, Zakiyuddin menggesa Sophian memohon maaf secara terbuka dan menarik semula video kontroversi itu.

Menerusi laporan Harian Metro, Sophian dinamakan selaku Pengerusi Persatuan Kebajikan Surplus Pulau Pinang

“Dia juga harus membuat video untuk meminta maaf,” kata Zakiyuddin pada sidang media semalam.

Bagaimanapun, pengerusi surau, Nasir Majid berkata, terdapat aduan penduduk tidak dikenali berhubung tahap kelantangan azan.

Sidang media Zakiyuddin semalam terganggu beberapa kali, walaupun terdapat polis, apabila sekumpulan orang tidak dikenali menyerbu ke dalam acara itu.

Sophian tampil ke hadapan dan menjawab apabila dimaklumkan bahawa videonya menyebabkan ketidakselesaan.

Beliau tidak meminta maaf dan berkata Zakiyuddin sebaliknya sepatutnya membela orang Islam.

TRI Pinnacles terletak di luar Taman Fettes dan bersebelahan dengan tanah perkuburan Cina yang luas. – The Vibes, 17 Mei 2023

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 jam yang lalu

Selangor Terus Perangi Penempatan Haram, Struktur Tanpa Kelulusan Akan Diroboh

oleh Amirah Abu Bakar

Politik 7 jam yang lalu

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar