web statsweb stats

Berita Terkini

9 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 9 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Pegawai, Anggota Polis Pulau Pinang Antara Ditahan Terlibat Judi Ekor Haram

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 17 May 2023 7:09AM

Khaw Kok Chin - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

GEORGE TOWN - Seorang pegawai dan enam anggota polis antara 12 individu ditahan dalam siri serbuan di sekitar Pulau Pinang pada Ahad dan semalam, kerana disyaki terlibat kegiatan judi ekor haram.

Selain pegawai dan anggota polis berkenaan, lima orang awam turut ditahan dalam operasi selama dua hari oleh Jabatan Integriti dan Pematuhan Standard (JIPS) Bukit Aman, hasil maklumat dan risikan yang dijalankan pihak polis.

Kesemua pegawai dan anggota polis berusia 27 hingga 48 tahun itu ditahan di sekitar Air Itam dan bertugas di balai polis yang sama.

Ketua Polis Pulau Pinang, Datuk Khaw Kok Chin mengesahkan penahanan pegawai dan anggota terlibat namun enggan mengulas lanjut kes berkenaan kerana ia masih dalam siasatan.

“Saya boleh mengesahkan bahawa ada tangkapan judi ekor haram dibuat membabitkan seramai tujuh anggota polis dan lima orang awam, namun saya tidak dapat ulas lanjut kerana masih dalam siasatan polis Bukit Aman,'' katanya pada sidang akhbar di sini semalam.

Hasil penahanan kesemua suspek, polis merampas sebuah komputer riba, satu telefon pintar, wang tunai RM10,959 dan peralatan perjudian. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Politik 9 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 3 jam yang lalu

‘Pelarian Rohingya, Patuhi Undang-Undang Atau Berdepan Tindakan’ - PM 

oleh Wartawan Getaran

Semasa 1 hari yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar