Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Isytihar Segera Israel Negara Pengganas - Jingga 13

Semasa Dikemaskini 2 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2021 10:23PM

Mikhael Iskhandaar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Malaysia didesak segera mengisyiharkan Israel sebagai sebuah negara pengganas, serentak dengan kezaliman yang dilakukan rejim Zionis itu ke atas Palestin.

Ketua Koordinator Jingga 13, Mikhael Iskhandaar berkata, Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin Yassin harus mempunyai keberanian untuk menyatakan pendirian ini tanpa gentar untuk melawan segala kekejaman berkenaan.

Menurut beliau, mana-mana negara yang memiliki hubungan bersama Israel, baik dari aspek diplomatik atau perdagangan wajar dipinggirkan dan dikecam, kerana secara tidak langsung mereka turut menyokong semua tindakan dilakukan rejim berkenaan.

"Kerajaan Malaysia pada hari ini harus menghentikan sebarang perniagaan dengan mana-mana negara yang memiliki hubungan bersama Israel.

"Rakyat Malaysia teguh bersama dalam bersolidariti dengan rakyat Palestin yang diserang dengan kejam sejak awal minggu ini ketika mengerjakan solat di Masjid Al-Aqsa pada bulan Ramadhan," katanya.

Serangan tersebut tegas Mikhael, tidak dapat dinafikan adalah satu tindakan biadab oleh rejim Zionis kerana mereka sedar dan memahami bahawa umat Islam mengerjakan ibadah pada bulan yang mulia ini, memandangkan ia merupakan tradisi sejak beberapa abad.

"Satu peringatan ringkas buat semua rejim Zionis ini, kamu telah diusir dari Mesir oleh Firaun dan juga, kamu hampir dihapuskan dengan cara pembersihan etnik oleh Hitler suatu ketika dahulu dengan cara yang kejam, berpunca oleh sikap kamu sendiri. 

"Jadi, adalah tidak adil dan tidak masuk akal bagi kamu untuk melakukan perkara yang sama terhadap bangsa lain di dunia yang bertamadun ini," katanya, marah.

Beliau berkata, rampasan tanah oleh rejim Zionis itu amat tidak berperikemanusiaan dan jelas bahawa rejim tersebut telah melanggar hak asasi manusia yang biasanya tidak diamalkan oleh negara yang bertamadun. 

"Menyerang rakyat Palestin dengan menembak peluru getah, bom tangan terpegun dan gas pemedih mata, khususnya terhadap wanita dan kanak-kanak adalah satu tindakan pengecut terutama sekali apabila mereka tidak memiliki sebarang senjata.

"Zionis dengan jelas sengaja mempromosikan keganasan melampau yang tidak berperikemanusiaan," katanya. - Getaran, 13 Mei 2021

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

 Anwar Ucap Takziah Kepada Keluarga 'Aunty Bersih'

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis

Semasa 11 jam yang lalu

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

Semasa 5 jam yang lalu

Hina Agama Hindu: Zamri Vinoth Harus Segera Dihukum - MIC

oleh Sophia Ahmad