Berita Terkini

2 hari yang lalu: Pengerusi Eksekutif Kumpulan KK Supermart & Superstore Sdn Bhd, Datuk Seri Dr Chai Kee Kan mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen Shah Alam terhadap tuduhan sengaja melukakan perasaan orang Islam 5 hari yang lalu: KKM nasihatkan semua aktiviti di luar bilik darjah ditangguhkan sementara di semua lokasi yang merekodkan cuaca panas antara 35 hingga 37 darjah celsius 6 hari yang lalu: Pihak Ocean Infinity akan bentang kawasan pencarian baharu MH370 kepada MOT awal Mei - Loke 6 hari yang lalu: MAVCOM tambah 342 penerbangan domestik di seluruh negara untuk perjalanan antara 3 hingga 18 April - Loke 6 hari yang lalu: Tiket tambahan ETS dan perkhidmatan tren khas mula dijual hari ini bermula 5 petang - Loke

IKUTI KAMI


Mengapa Kerajaan Tarik Balik Rayuan Kalimah Allah, Ini Penjelasan KDN

Semasa Dikemaskini 10 bulan yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 2:34PM

Saifuddin Nasution Ismail berkata, percanggahan itu dikesan sewaktu proses permohonan rayuan kes itu sedang berjalan, selain memperhalusi secara teliti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021 - Gambar oleh Sairien Nafis

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Tindakan Kementerian Dalam Negeri (KDN) tidak meneruskan semakan kehakiman kes membabitkan Jill Ireland lawan kerajaan Malaysia disebabkan berlaku ‘percanggahan’ antara keputusan dibuat Kabinet pada 1986 dengan Arahan Pentadbiran yang kemudiannya, dikeluarkan kementerian itu pada 5 Disember tahun sama.

Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Saifuddin Nasution Ismail berkata, percanggahan itu dikesan sewaktu proses permohonan rayuan kes itu sedang berjalan, selain memperhalusi secara teliti keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021.

Katanya, untuk makluman, keputusan Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur dibuat dengan menggunakan pendekatan perundangan sivil dan pentadbiran, iaitu isu berkaitan rampasan bahan penerbitan pada ketika itu, bukannya dari sudut teologi ataupun apa jua yang melibatkan penggunaan kalimah Allah.

Beliau berkata, ia kerana, fungsi mahkamah itu sendiri adalah tidak bersesuaian untuk memutuskan hal-ehwal berkaitan agama secara spesifik.

Justeru, Saifuddin Nasution berkata, dalam penghakiman Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur pada 10 Mac 2021, jelas bahawa hakim membuat keputusan berdasarkan pendekatan secara pentadbiran dan tidak menyentuh mengenai penggunaan kalimah Allah.

“Ianya didapati konsisten dengan keputusan Mahkamah Persekutuan terhadap kes Titular Roman Catholic Archbishop Kuala Lumpur lawan Menteri Dalam Negeri pada tahun 2014.

“Bersangkutan dengan hal ini, keputusan kerajaan untuk tidak meneruskan permohonan rayuan tersebut adalah dibuat mengikut ‘case-by-case basis’, tanpa menjejaskan fakta bagi setiap satu kes yang sedang dalam tindakan mahkamah,” katanya.

Beliau berkata demikian pada sidang media selepas menghadiri Anugerah Perkhidmatan Cemerlang 2022 dan Sambutan Hari Raya Aidilfitri Jabatan Imigresen Malaysi (JIM) di sini, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah dan Ketua Pengarah Imigresen, Datuk Ruslin Jusoh.

Terdahulu, pelbagai pihak termasuk badan bukan kerajaan (NGO) perundangan Islam menggesa KDN dan kerajaan Malaysia memberi penjelasan penuh berhubung tindakan menarik balik rayuan kes terhadap keputusan Mahkamah Tinggi mengenai penggunaan kalimah Allah.

Penarikan balik rayuan kes antara Menteri Dalam Negeri dan kerajaan Malaysia sebagai perayu serta Jill Ireland Lawrence Bill merangkap responden itu, dianggap secara langsung akan menjejaskan maslahat dan kepentingan seluruh umat Islam di negara ini.

NGO terbabit juga menyifatkan ia tidak selari seperti hasrat penghakiman kes kalimah Allah terdahulu, iaitu dalam kes Titutar Roman Catholic Archibishop of Kuala Lumpur.

Media semalam melaporkan, KDN dan kerajaan Malaysia menarik balik rayuan terhadap keputusan Mahkamah Tinggi yang memutuskan penganut agama Kristian boleh menggunakan kalimah 'Allah’ dan tiga perkataan Arab yang lain, iaitu ‘Baitullah’, ‘Solat’ dan ‘Kaabah’ dalam penerbitan bahan agama mereka bagi tujuan pembelajaran.

Keputusan Mahkamah Tinggi itu dibuat pada 10 Mac 2021, selepas membenarkan permohonan semakan kehakiman seorang wanita beragama Kristian, Jill Ireland Lawrence Bill yang memohon perisytiharan mengenai hak perlembagaannya berhubung penggunaan kalimah Allah dalam penerbitan agama berkenaan.

Notis pemberhentian rayuan semakan kehakiman itu difailkan Pejabat Peguam Negara di Pejabat Pendaftar Mahkamah Rayuan di Putrajaya pada 18 April lalu.

Mengulas lanjut, Saifuddin Nasution berkata, pendirian KDN adalah menghormati, memperakui dan menerima pakai ketetapan enakmen negeri dan titah Yang di-Pertuan Agong pada 7 Februari 2023 yang menzahirkan, agar dikekalkan dasar sedia ada yang sedang berkuatkuasa berhubung isu penggunaan kalimah Allah.

“Dalam hal ini, adalah ditegaskan bahawa KDN komited bagi urusan mempertahankan dan melindungi kepentingan Islam, orang Melayu dan Institusi Beraja di Malaysia, khususnya dalam isu penggunaan kalimah Allah selaras dengan Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan.

“Perkara itu memperuntukkan sungguhpun setiap individu berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, namun masih tertakluk kepada undang-undang Persekutuan dan negeri yang boleh mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam,” katanya.

Susulan kes berkenaan, justeru, KDN mengambil langkah mengkaji dan mengemaskini satu arahan yang lebih menyeluruh bagi menangani isu penggunaan kalimah Allah, ‘Baitullah’, ‘Solat’ serta ‘Kaabah’ agar selari dengan kepentingan serta kemaslahatan masyarakat berbilang kaum dan agama di Malaysia.

KDN juga, katanya, membuat penyeliaan dan kawalan lebih berkesan terhadap bahan penerbitan menyalahi peruntukan perundangan yang berkuatkuasa.

Tegasnya, KDN lebih memfokuskan kepada aspek ketenteraman awam selaras dengan Perkara 11(5) Perlembagaan Persekutuan yang memperuntukkan bahawa kebebasan beragama tersebut, tidaklah membenarkan apa-apa perbuatan berlawanan dengan mana-mana undang-undang am yang berhubungan dengan ketenteraman awam, kesihatan awam atau kemoralan.

“Di kesempatan ini, KDN ingin menyatakan komitmen terhadap penyebaran unsur yang memudaratkan ketenteraman awam melalui tindakan penyeliaan dan kawalan terhadap bahan penerbitan yang memudaratkan atau mungkin memudaratkan ketenteraman awam dari semasa ke semasa secara berterusan, selaras dengan peruntukan di bawah Akta Mesin Cetak dan Penerbitan 1984 (Pindaan) 2012 serta Perkara 11 Perlembagaan Persekutuan.

“KDN sekali lagi menegaskan Perkara 11(1) dan Perkara 11(4) Perlembagaan Persekutuan memperuntukkan sungguhpun setiap individu berhak menganuti dan mengamalkan agamanya, masih tertakluk kepada undang-undang Persekutuan atau negeri yang boleh mengawal atau menyekat pengembangan doktrin atau kepercayaan agama lain dalam kalangan orang Islam,” katanya. – Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 minggu yang lalu

Stoking Tertera Kalimah Allah: Polis Rakam Keterangan 8 Individu

2

Semasa 1 minggu yang lalu

Pindaan Perkara 15A Perlembagaan Persekutuan Akan Diselesaikan Secepat Mungkin

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Kes Stoking Kalimah Allah Dalam Siasatan, 42 Laporan Polis Diterima Seluruh Negara

4

Semasa 2 minggu yang lalu

Cadangan Pindaan Perlembagaan Berkaitan Kewarganegaraan Dipersetujui Kabinet

Sorotan

1

PNB Umum Pengagihan Pendapatan 5.25 Sen Bagi ASB 2 Dan 4.75 Sen Bagi ASM 

2

Mohd Na'im Jalani Pembedahan Kecil Buang Kelenjar Air Liur

3

Polis Tahan Lelaki Disyaki Abai Kanak-kanak  

4

Padang Bukan Faktor Penentu Kekalahan Malaysia Kepada Oman - Darren

5

Dasar Buku Negara Diteliti Semula - Fadhlina

6

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Perdana Menteri Dijangka Hadir Majlis Iftar MADANI Anjuran JAKIM Esok

Semasa 17 jam yang lalu

TPM, Jemaah Menteri Ucap Selamat Menyambut Nuzul Al-Quran

Semasa 8 jam yang lalu

Lelaki Myanmar Dan Bangladesh Disyaki Dalang Utama Sindiket Pekerja Asing Ditahan

Semasa 1 hari yang lalu

Ugutan Bunuh: Dr Akmal Buat Laporan Polis