web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PENJANA: 47 Pengarah Syarikat Ditahan Buat Tuntutan Palsu

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 2:21PM

SPRM mengambil tindakan tegas bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan yang dilihat sebagai isu serius, dengan ratusan syarikat lain dikenal pasti turut membuat tuntutan palsu - Gambar Fail

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 47 pengarah syarikat ditahan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) berhubung tuntutan palsu berkaitan program insentif pengambilan pekerja dan program latihan (PENJANA).

Kesemua 14 wanita dan 33 lelaki berusia antara 30 hingga 70 tahun itu ditahan dalam Op Hire 2.0 di seluruh negara sejak petang semalam kerana mengemukakan tuntutan kepada Pertubuhan Keselamatan Sosial (PERKESO), kononnya mengendalikan program PENJANA, tetapi ia tidak dilaksanakan.

Menurut laporan BH, jumlah tuntutan yang terbabit setakat ini adalah antara RM450,000 hingga RM2 juta.

Kesemua mereka akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret di seluruh negara hari ini untuk permohonan reman di bawah Seksyen 117 Kanun Acara Jenayah.

Timbalan Ketua Pesuruhjaya (Operasi) SPRM, Datuk Seri Ahmad Khusairi Yahaya berkata, kes disiasat di bawah seksyen 18 Akta SPRM 2009 dan Seksyen 471 Kanun Keseksaan.

Katanya, SPRM mengambil tindakan tegas bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan yang dilihat sebagai isu serius, dengan ratusan syarikat lain dikenal pasti turut membuat tuntutan palsu.

Ops Hire 2.0 ialah operasi bagi mengekang penyelewengan dan ketirisan dana kerajaan hasil tuntutan palsu yang dibuat pengarah syarikat menerusi program insentif PENJANA.

Ia adalah lanjutan daripada Op Hire 1.0 yang dilaksanakan pada 2022 lalu di seluruh negara dengan kerjasama PERKESO dan SPRM.

Mengulas lanjut Ahmad Khusairi berkata, SPRM sudah mengenal pasti nama dan senarai pemilik syarikat yang terbabit.

“Bagi tujuan mendapatkan semula kesemua tuntutan palsu itu, saya memberi amaran kepada semua untuk tampil segera sebelum SPRM mengetuk pintu pejabat syarikat anda.

“Saya beri jaminan sesiapa yang terbabit untuk tampil secara sukarela dan menyerahkan semula tuntutan yang sudah buat, tidak akan dituduh di mahkamah,” katanya.

Tegasnya, bagi mereka yang masih berdegil, tindakan lebih serius akan dikenakan. – Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Abdul Halim Mulakan Tugas Ketua SPRM, Lantikan Kontrak 2 Tahun

2

Semasa 4 minggu yang lalu

Tamat Tugas Secara Rasmi, Azam Baki Ingatkan Jangan Sabotaj Ketua SPRM Baharu

3

Semasa 1 bulan yang lalu

Perjanjian RM1.1 Bilion: Rafizi Sambung Beri Keterangan Di SPRM

4

Semasa 1 bulan yang lalu

Siasatan Perjanjian Senjata RM1.1 Bilion Diperhebat, Rafizi Dipanggil Untuk Soal Siasat 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Semasa 21 jam yang lalu

PDRM Sokong Larangan Menyeluruh Vape, Bimbang Penularan Dadah ‘Piu Piu’

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad