web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Seorang Lagi Mangsa Kemalangan Di Kampar Meninggal Dunia

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 11:00AM

Proton Saga yang dinaiki kelima-lima mangsa hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori muatan pasir. - Gambar JBPM Perak

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

IPOH - Seorang lagi mangsa yang terlibat dalam nahas dua kenderaan di KM310.2 Lebuhraya Utara Selatan dekat Kampar awal pagi tadi meninggal dunia di Hospital Tapah, pagi ini.

Ketua Polis Daerah Kampar Superintenden Mohamad Nazri Daud mengesahkan Muhammad Fawwaz Nasaruddin, 7, meninggal dunia 9.20 pagi tadi.

Terdahulu dalam kemalangan 2.42 pagi itu, tiga lagi adik-beradik mangsa iaitu Ahmad Uwais Qorni Nasaruddin, 5, Siti Nur Aminah Nasaruddin, 8, dan Muhammad Azib Nasaruddin, 23, yang menaiki kereta Proton Saga maut di tempat kejadian.

Turut terkorban dalam nahas yang turut melibatkan sebuah lori pasir itu, ialah ibu keempat-empat mangsa, Azriyani Abdul Latif, 45. 

Dalam kejadian pagi tadi Proton Saga yang dinaiki kelima-lima mangsa hilang kawalan sebelum melanggar bahagian belakang lori muatan pasir menyebabkan Ahmad Uwais Qorni, Siti Nur Aminah, Muhammad Azib dan Azriyani maut di tempat kejadian.

Muhammad Fawwaz yang ketika itu kritikal dikejarkan ke Hospital Tapah untuk rawatan lanjut manakala pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.

Keempat-empat mangsa yang maut di tempat kejadian pula dihantar ke Hospital Kampar untuk proses bedah siasat.

Sementara itu, Ketua Polis Perak Datuk Seri Mohd Yusri Hassan Basri berkata kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.

Katanya orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian tersebut diminta menghubungi Pegawai Penyiasat Trafik Ibu Pejabat Polis Daerah Kampar, Inspektor Arif Khariri di talian 014-3684870. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 bulan yang lalu

Suami Isteri Warga Emas Maut, 4 Cedera Kancil Bertembung Dengan Myvi

2

Semasa 1 bulan yang lalu

Guru Rempuh Pelajar Hingga Maut Direman 2 Hari

3

Semasa 6 bulan yang lalu

Budak Rusia Maut Disengat Obor-Obor Kotak, Pengusaha Pelancongan Langkawi Desak Tindakan Segera

4

Semasa 7 bulan yang lalu

Aniaya Kanak-Kanak Hingga Maut: Pasangan Indonesia Mengaku Salah

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

Semasa 11 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek