web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


UPSI Rangkul 4 Emas, 4 Perak Di ITEX 2023

Pendidikan Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 16 May 2023 9:20AM

UPSI berjaya merangkul empat pingat emas dan empat pingat perak menerusi Pameran Reka Cipta, Inovasi & Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2023 - Gambar ihsan UPSI

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI) berjaya merangkul empat pingat emas dan empat pingat perak menerusi Pameran Reka Cipta, Inovasi & Teknologi Antarabangsa (ITEX) 2023 yang berlangsung di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur (KLCC) pada 11 dan 12 Mei lalu.

Timbalan Naib Canselor (Penyelidikan dan Inovasi), Prof Dr Suriani Abu Bakar berkata, empat pingat emas yang diraih itu adalah inovasi terbaik yang dibangunkan oleh barisan penyelidik yang komited dan berdedikasi tinggi.

Menurut beliau, UPSI mempamerkan inovasi dan teknologi terkini dalam pelbagai bidang profesional terutama dalam bidang pendidikan yang meliputi pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi.

Selain sains sosial, katanya, UPSI juga mengetengahkan inovasi nano teknologi dan bioteknologi dalam ITEX kali ini.

UPSI mempamerkan inovasi dan teknologi terkini dalam pelbagai bidang profesional terutama dalam bidang pendidikan yang meliputi pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi
UPSI mempamerkan inovasi dan teknologi terkini dalam pelbagai bidang profesional terutama dalam bidang pendidikan yang meliputi pendidikan awal kanak-kanak sehingga peringkat pengajian tinggi

Empat pingat emas itu disumbangkan oleh Prof Madya Dr Ashardi Abas dari Fakulti Komputeran dan Meta-teknologi (FKMT) menerusi “Multi Branch School Management System”, “MechaRoboKidz 2.0” oleh Dr. Romarzila Omar dari Fakulti Pembangunan Manusia (FPM), “Modul Interaktif Realiti Maya Apresiasi Muzik Sekolah Menengah (e-MARZ)” oleh Dr. Abdul Rahman Safian dari Fakulti Muzik dan Seni Persembahan (FMSP) serta  penyelidikan “EasySeni: Borderless Hybrid Learning Module” oleh  Lee Hoi Yeh dari Fakulti Seni, Kelestarian dan Industri Kreatif (FSKIK).

Selain itu, Suriani berkata, empat pingat perak diperolehi menerusi inovasi “Problem Solving Oriented E-Module in Learning Audio Video Techniques via Facebook (PSOMODULE)” oleh Dr Noor Hidayah Che Lah (FKMT), “Biogenic Nano Hydroxyapatite for Tooth Paste” oleh Prof Ts Dr Ismail Zainol, “TAKTIK” oleh Prof Madya Dr Mazlini Adnan dan “DNA-based Marker for Identification of Herbal Plants for Product Authentication” oleh Dr Azi Azeyanty Jamaludin dari Fakulti Sains dan Matematik (FSM).

Menurut beliau lagi, projek MechaRoboKidz 2.0 antara inovasi yang mendapat sambutan menggalakkan daripada pelawat ITEX di ruang pameran UPSI berikutan berbentuk modul pemikiran robotik dan pemikiran komputasional yang menggunakan teknologi dalam pembelajaran kanak-kanak berusia tiga hingga enam tahun di prasekolah, tadika dan taska.

“Produk ini menggunakan ‘3D printed’ bagi menghasilkan robot yang menarik seperti jongkang-jongket, kereta sorong kanak-kanak, kincir angin, lastik, kereta kebal dan lain-lain.

“Setiap robot berperanan untuk membolehkan kanak-kanak menguasai kurikulum Sains, Teknologi, Kejuruteraan dan Matematik (STEM) seperti daya, alam fizikal, kemahiran proses sains dan teknologi,” katanya.

Antara ruang pameran UPI yang mendapat sambutan pengunjung
Antara ruang pameran UPI yang mendapat sambutan pengunjung

Sementara itu, Pengarah Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC), UPSI, Prof Madya Dr Rosmilah Misnan berkata, UPSI berbangga kerana sekali lagi dapat meneruskan tradisi kecemerlangan dalam penyelidikan dan inovasi dengan memenangi pingat bagi kesemua lapan inovasi yang dipertandingkan di ITEX 2023.

ITEX yang dianjurkan Persatuan Reka Cipta dan Reka Bentuk Malaysia (MINDS) dan CIS selaku penganjur bersama merupakan acara tahunan berprestif yang menghimpunkan peserta dari pelbagai negara untuk mengetengahkan inovasi mereka di peringkat global.

Selain UPSI, ITEX 2023 yang dilancarkan oleh Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi, Chang Lih Kang, menghimpunkan pempamer dari 17 negara untuk mempamerkan lebih 700 produk dan teknologi inovatif. – Getaran, 16 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 tahun yang lalu

15 Maut, Bas Dinaiki Penuntut UPSI Terbabit Nahas

2

Semasa 1 tahun yang lalu

Kes Bunuh Nur Farah Kartini: 26 Saksi Dirakam Keterangan - KP Selangor

3

Pendidikan 2 tahun yang lalu

Beri Peluang Anak Didik Berfikiran Kreatif, Pendidikan Berteraskan Realiti

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Jaringan Kerjasama Antara PBT Negeri Beri Manfaat Kepada Masyarakat

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

KLSICCI Miliki Potensi Besar, Mampu Kembali Cipta Pengaruh - Rajasekaran

oleh Sophia Ahmad

Semasa 20 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad