web statsweb stats

Berita Terkini

20 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 20 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Lelaki Dipenjara 263 Tahun, 20 Sebatan Lakukan Jenayah Seksual Terhadap Anak Tiri

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 9:02PM

Gambar hiasan dari AFP

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

MELAKA - Seorang pengajar kelas renang dihukum penjara berjumlah 263 tahun dan 20 sebatan selepas mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen Ayer Keroh di sini hari ini atas 32 pertuduhan melakukan jenayah seksual terhadap anak tiri perempuannya yang kini berusia 16 tahun, sejak tiga tahun lepas.

Lelaki berusia 36 tahun itu dikenakan hukuman tersebut selepas kesemua pertuduhan dibacakan jurubahasa mahkamah dalam dua prosiding berasingan di hadapan Hakim Dharmafikri Abu Adam dan Hakim Mohd Sabri Ismail.

Bagaimanapun, mahkamah memerintahkan hukuman terhadap tertuduh berjalan secara serentak selama 35 tahun bermula dari tarikh dia ditangkap pada 8 April lepas.

Tertuduh mengaku bersalah merogol anak tirinya membabitkan 11 pertuduhan di bawah Seksyen 376(2)(D) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Tertuduh turut mengaku bersalah atas lapan tuduhan di bawah Seksyen 377 CA kanun sama kerana melakukan seks menggunakan objek tanpa kerelaan mangsa sama yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 30 tahun dan sebatan.

Bagi 12 pertuduhan lagi, tertuduh mengaku bersalah mengikut Seksyen 14(A) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara hingga 20 tahun dan sebatan kerana melakukan amang seksual fizikal terhadap remaja terbabit.

Tertuduh juga mengaku bersalah atas tuduhan di bawah Seksyen 376(1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara maksimum 20 tahun dan sebatan kerana merogol mangsa sama setelah usianya melepasi 16 tahun.

Kesemua kesalahan itu dilakukan antara Januari 2020 sehingga 14 Mac 2023 lalu iaitu sejak mangsa berusia 13 tahun di sebuah taman perumahan di Jasin.

Pendakwaan dikendalikan secara berasingan oleh Timbalan Pendakwa Raya, N. Siva Shangari dan Muhammad Nazrin Ali Rahim manakala tertuduh tidak diwakili peguam. - Bernama

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 14 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad