web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Suspek Lempar Objek Seperti Bom Diburu Polis

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 6:20PM

Tangkap layar dari rakaman CCTV yang menunjukkan letupan hingga mengakibatkan beberapa cermin tingkap sebuah restoran di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru, pecah. - Gambar ihsan Polis Johor Bahru Selatan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) sedang memburu seorang individu yang melempar objek seperti bom ke arah sebuah restoran di Jalan Abdul Samad, Johor Bahru, kelmarin.

Ketua Polis Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, dua rakaman video tentang kejadian itu pada jam 4.15 pagi kini tular di media sosial.

Menurut beliau, pengadu yang merupakan seorang lelaki berusia 35 tahun telah memaklumkan kepada pihak polis bahawa dia telah mendengar bunyi letupan kuat sehingga beberapa cermin tingkap premisnya pecah.

“Semakan ke atas kamera litar tertutup (CCTV) mendapati, sebuah kereta berwarna gelap telah berhenti di pagar premis tersebut. 

"Kemudian, seorang individu telah keluar dari kenderaan tersebut dan melempar satu objek ke tempat kejadian,” katanya menerusi kenyataan, hari ini.

Raub berkata, walaupun tiada sebarang kecederaan dilaporkan, namun objek dibaling suspek telah menyebabkan empat cermin tingkap premis perniagaan itu pecah.

“Polis ketika ini masih menjalankan siasatan terhadap kes tersebut di bawah Seksyen 435 Kanun Keseksaan untuk mengenal pasti pelaku.

“Orang ramai yang mempunyai maklumat tentang kejadian tersebut boleh menghubungi hotline IPD JBS 07-2182323 atau pegawai penyiasat, Inspektor Nik Mohamad Amirul Fikrie menerusi talian 011-35202900,” katanya. – Getaran, 15 Mei 2023.

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 4 jam yang lalu

Isu Rohingya Perlu Pendekatan Menyeluruh, Babit Pelbagai Agensi - Ayob Khan

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Semasa 10 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Polis Sahkan Tiada Unsur Buli Dalam Kes Pelajar Terjatuh Dari Bangunan Sekolah

oleh Amirah Abu Bakar