web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Flat Kos Rendah Johor Daif, Rakyat Seperti Hidup Dalam ‘Reban Ayam’

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 6:15PM

Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini. - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar menzahirkan perasaan kecewa terhadap keadaan bangunan, penyelenggaraan serta tahap kebersihan majoriti flat kos rendah di negeri itu.

Baginda bertitah, kebanyakan flat kos rendah di Johor berada dalam keadaan daif serta dipenuhi pelbagai sampah sarap yang dibuang merata-rata, hingga menjadi tempat pembiakan serangga berbisa.

“Saya melihat ada beberapa flat kos rendah di negeri ini dalam keadaan yang amat menyedihkan dan seolah-olah rakyat saya hidup dalam ‘reban ayam’.

“Saya harap kerajaan pusat akan berikan bantuan untuk baikpulih flat kos rendah yang lama, dan penduduk juga mesti sama-sama bertanggungjawab menjaga kebersihan persekitaran kawasan flat mereka,” titah baginda.

Terdahulu, Sultan Ibrahim berkenan menerima mengadap Menteri Pembangunan Kerajaan Tempatan (KPKT) Nga Kor Ming di Istana Bukit Serene, Johor Bahru, hari ini.

Turut hadir, Timbalan Menteri, Akmal Nasrullah Mohd Nasir; Pengerusi Jawatankuasa Perumahan dan Kerajaan Tempatan Johor, Datuk Mohd Jafni Md Shukor dan Datuk Bandar Johor Bahru,  Datuk Mohd Noorazam Osman.

Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar
Sultan Ibrahim Sultan Iskandar - Gambar dari Facebook Sultan Ibrahim Sultan Iskandar

Pada masa sama, Sultan Ibrahim turut bertitah, baginda tidak berpuas hati dengan perkhidmatan pembersihan yang dijalankan oleh SWM Environment Sdn Bhd (SWM) di negeri berkenaan.

Titah baginda, kerajaan negeri terpaksa membayar hampir RM180 juta setiap tahun kepada SWM, namun perkhidmatan (pembersihan) atau pungutan sampah yang dijalankan langsung tidak memuaskan.

“Malah perjanjian bersama SWM adalah ‘watertight’ seolah-olah tidak boleh dipertikaikan.

“Walaupun banyak aduan dibuat mengenai perkhidmatan SWM yang mengecewakan, namun keadaan masih tidak berubah,” titah baginda.

Susulan itu, Sultan Ibrahim bertitah KPKT perlu mengambil perhatian perkara-perkara yang disampaikan baginda demi kepentingan rakyat. – Getaran, 15 Mei 2023

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 23 jam yang lalu

Lelaki Maut Ditikam Di Perak Tengah, Polis Buru Suspek

Pendidikan 1 hari yang lalu

‘Hubungi Pihak Universiti Jika Berdepan Masalah, Jangan Malu Atau Segan’ - Zambry

oleh Sophia Ahmad

Semasa 6 jam yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 1 hari yang lalu

AGC Klasifikasi Aduan Albert Tei Terhadap Azam Baki Sebagai NFA

oleh Sophia Ahmad