web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


Scam Baju Raya, Pasangan Suami Isteri Dicekup KPDN 

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 4:08PM

Azman Adam - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Sepasang suami isteri ditahan selepas gagal membekalkan baju kurung yang dijual secara dalam talian sempena Hari Raya Aidilfitri lalu, melibatkan transaksi bernilai ratusan ribu ringgit.

Penahanan pasangan itu dilakukan di pejabat Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDNKSH) cawangan Manjung, Perak, selepas siasatan dibuat ke atas aduan yang diterima daripada orang awam.

Ketua Pengarah Penguatkuasa KPDN, Datuk Azman Adam berkata, suami isteri berusia lingkungan umur 40-an itu disyaki melakukan kesalahan menuntut atau menyetujui terima bayaran, tanpa niat untuk membekalkan pakaian yang dijual secara dalam talian pada 11 Mei lalu.

"Aduan dibuat ke atas syarikat beralamat di Sitiawan, Perak, di mana pengadu telah membuat pembelian bagi sepasang baju kurung setelah melihat tawaran iklan penjualan baju kurung berkenaan melalui laman sosial Facebook milik suspek.

"Namun, setelah pembayaran dilakukan sehingga tempoh aduan ini dibuat, baju kurung yang dibeli tidak diterima oleh pengadu," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Azman berkata, hasil siasatan awal terhadap aduan diterima, KPDNKSH berjaya mengesan maklumat serta butiran suspek sebelum siasatan dilakukan ke atas individu terbabit yang juga pemilik syarikat berkenaan.

Jelasnya, kementerian berdasarkan rekod telah menerima sejumlah 100 aduan dari seluruh negara berkaitan penipuan jualan yang dilakukan oleh suspek.

"Setelah rakaman percakapan dilakukan, KPDNKSH menahan dua individu berkenaan bagi membantu siasatan.

"Siasatan lanjut yang dilakukan mendapati, suspek telah menerima wang daripada pelanggan melalui akaun bank syarikat mereka membabitkan jumlah ratusan ribu ringgit sepanjang pengiklanan di Facebook," katanya. 

Jelasnya, peralatan elektronik yang ditemui telah disita bagi tujuan siasatan lanjut, dengan nilai keseluruhan rampasan dianggarkan berjumlah RM8,700.

Dalam pada itu, Azman berkata, kedua-dua suspek warganegara tempatan itu seterusnya dihadapkan di Mahkamah Majistret Manjung yang membenarkan reman selama empat hari bermula 12 Mei sehingga hari ini. 

"Kertas siasatan telah dibuka dan siasatan lanjut ke atas kes ini sedang dilakukan di bawah Akta Pelindungan Pengguna 1999 (Akta 599), khususnya ke atas pengiklanan dan transaksi kewangan.

"Pada masa sama, suami isteri itu turut berdepan siasatan di bawah Seksyen 4, Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram, Pencegahan Pembiayaan Keganasan dan Hasil Daripada Aktiviti Haram 2001 (AMLATFPUAA 2001) (Akta 613).

Tegas beliau, kedua-dua suspek jika sabit kesalahan di bawah Akta 613, boleh dipenjara tidak melebihi 15 tahun dan denda tidak kurang lima kali ganda nilai hasil aktiviti haram atau RM5 juta atau yang mana lebih tinggi. 

Azman memberi amaran, kementerian tidak akan berkompromi dengan sesiapa yang terlibat dalam melakukan penipuan penjualan secara dalam talian. 

"KPDNKSH akan sentiasa memantau aktiviti penjualan secara dalam talian, termasuklah melakukan siasatan ke atas aduan yang diterima daripada orang ramai bagi membendung aktiviti penipuan seumpama ini.

"Kita juga ingin memastikan hak pengguna dilindungi selain menjaga platform perniagaan secara dalam talian agar tidak disalahguna,” katanya. – Getaran, 15 Mei 2023

Berita Berkaitan

1

Semasa 4 minggu yang lalu

Waspada Sindiket ‘Gores Dan Menang’, Sasaran Utama Warga Emas - KPDN

2

Semasa 1 tahun yang lalu

KPDN Panggil 10 Syarikat Jelaskan Kenaikan Harga Barang, Perkhidmatan

3

Semasa 1 tahun yang lalu

198,046 Kenderaan Lulus Subsidi Diesel – KPDN

4

Semasa 2 tahun yang lalu

Polis Tahan Suami Isteri Disyaki Dera 2 Kanak-Kanak Lelaki

Sorotan

1

Lelaki Guna Pembesar Suara Cetus Kebimbangan, Dakwa Kononnya COVID-19 Kembali Menular

2

Kanak-Kanak Perempuan Maut, Abang Kritikal Jatuh Dari Pangsapuri

3

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

4

Gempa Bumi 8.2 Landa Mindanao, Pihak Berkuasa Keluarkan Amaran Tsunami

5

Dikurung Dalam Stor Beberapa Minggu, Polis Selamatkan Kanak-Kanak Mangsa Dera Ibu Angkat

6

Sebuah Kerajaan Bukan Hadiah Untuk Dirampas

Disyorkan untuk anda

Semasa 15 jam yang lalu

Kerajaan Tolak Desakan Beremosi, Tangani Isu Pelarian Dengan Berhemah - Saifuddin

oleh Sophia Ahmad

Semasa 21 jam yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

Semasa 1 hari yang lalu

Hanya Belajar Di Media Sosial, Anak Kampung Kini Hasilkan 6,000 Ikan Angelfish

Sukan 1 hari yang lalu

MPL MY: Team Vamos Mara Ke Grand Final, Tempah Tiket Ke MSC