web statsweb stats

Berita Terkini

13 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 13 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Ibu Didakwa Amang Seksual 2 Anak Lelaki, Arah Rakaman Pornografi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 15 May 2023 4:02PM

Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya. - Gambar Bernama

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KLANG - Seorang ibu mengaku tidak bersalah di Mahkamah Sesyen di sini hari ini atas tiga pertuduhan melakukan amang seksual fizikal terhadap dua anak lelakinya, masing-masing berusia 12 dan 14 tahun ketika kejadian pada November tahun lepas.

Tertuduh yang berusia 33 tahun didakwa sebagai seorang wanita yang mempunyai hubungan amanah iaitu ibu kandung telah melakukan perbuatan tersebut ke atas dua anaknya di kediaman mereka di sebuah pangsapuri di Puncak Alam pada 8 malam.

Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14(b) Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang memperuntukkan penjara maksimum 20 tahun dan boleh dikenakan sebat, jika sabit kesalahan.

Ibu kepada lima orang anak itu turut mengaku tidak bersalah atas satu pertuduhan telah mengarahkan pembuatan pornografi kanak-kanak dalam bentuk video di sebuah hotel di Sungai Buloh, antara 17 dan 18 Feb 2022.

Bagi perbuatan itu, dia didakwa mengikut Seksyen 5 Akta Kesalahan-Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017 yang jika sabit kesalahan dipenjara sehingga 20 tahun dan tidak kurang daripada enam sebatan.

Sementara itu, seorang penarik kereta, Haddad Mohd Radhi, 22, yang merupakan kenalan tertuduh wanita itu, didakwa dengan sengaja melakukan amang seksual fizikal terhadap seorang kanak-kanak perempuan berusia 15 tahun ketika kejadian di hotel dan tarikh sama mengikut Seksyen 14(a) Akta Kesalahan Seksual Terhadap Kanak-Kanak 2017.

Terdahulu, selepas prosiding, wanita itu dilihat tidak dapat menahan kesedihan ketika ibunya di galeri awam datang menghampirinya di kandang tertuduh.

Hakim Syafeera Mohd Said tidak menawarkan sebarang jaminan kepada wanita itu manakala Haddad dibenarkan ikat jamin RM15,000 dengan seorang penjamin serta syarat tambahan perlu melaporkan diri di balai polis berdekatan pada 1 hari bulan setiap bulan dan dilarang mendekati mangsa.

Mahkamah menetapkan sebutan kes pada 26 Jun untuk tertuduh wanita dan 14 Jun bagi Haddad.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nurul Izzati Mohamad dan Nur Ayuni Jamri manakala Haddad diwakili peguam Mohd Azali Ibrahim dan ibu tersebut tidak diwakili peguam. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

2

Semasa 4 hari yang lalu

Lakukan Serangan Seksual Terhadap 6 Pelajar, Guru Muzik Mengaku Tak Bersalah

3

Semasa 1 minggu yang lalu

Dera Kanak-Kanak Lelaki Secara Seksual: Penjaga Rumah Kebajikan Dipenjara 36 Tahun, 6 Sebatan 

4

Semasa 1 minggu yang lalu

Pemandu GTI Didakwa Sebabkan Kematian Remaja

Sorotan

1

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

2

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

3

Mengapa Ramai Rasa Letih Walaupun Cukup Tidur? Jadual Tidur Mungkin Bukan Jawapan

4

PAS Sahkan Pertemuan Dengan RESET Dan Hamzah, Butiran Lanjut Diumum Esok 

5

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

6

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

Disyorkan untuk anda

Semasa 11 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 7 jam yang lalu

Dakwaan Peranan Bebas Rais Yatim Jadi Tanda Tanya, Surat Lantikan Sebagai Peguam Tersebar Luas

oleh Sophia Ahmad

Semasa 5 jam yang lalu

Ribut Petir, Hujan Lebat Di KL, Labuan Dan 9 Negeri Malam Ini