Berita Terkini

9 jam yang lalu: RM9.6 juta untuk baik pulih 39 klinik daif di Kelantan - Dr Zaliha 9 jam yang lalu: KPDN Labuan lumpuh sindiket seludup minyak kecil-kecilan 9 jam yang lalu: Operasi SAR kesan kanak-kanak dikhuatiri lemas di Tanjung Malim disambung esok - Bomba 9 jam yang lalu: CDM akan segera sampaikan keperluan atlet RTG kepada Hannah 10 jam yang lalu: Tiga lelaki dikesan menyamar sebagai polis di Lebuhraya Utara Selatan

IKUTI KAMI


Berjaya Catat KDNK Lebih Kukuh, Kerajaan Perpaduan Wajar Dipuji - Guan Eng

Semasa Dikemaskini 3 minggu yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 9:28PM

Lim Guan Eng berkata pertumbuhan KDNK yang begitu baik itu didorong oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah, guna tenaga dan perbelanjaan penggunaan swasta. - Gambar oleh Abdul Razak Latif

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Kerajaan Perpaduan di bawah pimpinan Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim harus dipuji kerana berjaya memacu ekonomi Malaysia mencatatkan pertumbuhan keluaran dalam negara kasar (KDNK) suku tahun pertama 2023 yang lebih kukuh daripada jangkaan, iaitu  sebanyak 5.6%. 

Pengerusi DAP, Lim Guan Eng berkata, pertumbuhan KDNK yang begitu baik itu didorong oleh peningkatan perbelanjaan isi rumah, guna tenaga dan perbelanjaan penggunaan swasta.

Menurut beliau, kekukuhan suku tahun pertama juga boleh dikaitkan dengan penjajaran dasar ekonomi antara kerajaan dan Bank Negara Malaysia(BNM), dalam memberi tumpuan kepada pertumbuhan KDNK yang mampan. 

Lim Guan Eng - Gambar fail
Lim Guan Eng - Gambar fail

“Penjajaran dan penyelarasan antara dasar fiskal kerajaan Persekutuan yang lebih longgar, dengan Belanjawan 2023 terbesar dalam sejarah sebanyak RM388 bilion, dan dasar monetari BNM yang lebih mesra, dengan jeda berganda dalam menaikkan Kadar Dasar Semalaman (OPR) pada Januari dan Mac 2023, sememangnya telah memudahkan pertumbuhan ekonomi.

“Dengan kata lain, penjajaran dasar oleh BNM dan kerajaan Persekutuan diperlukan untuk mengekalkan pertumbuhan ekonomi yang kukuh,” katanya menerusi hantaran di Facebook, hari ini.

Mantan Menteri Kewangan iru bagaimanapun berkata, kenaikan kadar dasar semalaman (OPR) secara mengejut oleh BNM pada 3 Mei lalu mungkin menyukarkan Malaysia untuk mengulangi pertumbuhan KDNK suku tahun kedua yang menyamai kadar dicatatkan pada suku tahun pertama. 

“Pandangan ini disuarakan oleh lebih 80 peratus pakar ekonomi menerusi satu tinjauan, malah alasan diberikan Gabenor BNM, Datuk Nor Shamsiah Mohd Yunus turut menimbulkan kekeliruan.

“Nor Shamsiah berkata, kenaikan OPR itu kerana BNM mahu berwaspada terhadap inflasi yang meningkat semula.

“Mengapakah inflasi kini menjadi masalah yang memerlukan kenaikan OPR tetapi tidak menjadi masalah pada Januari dan Mac 2023 apabila BNM menghentikan kenaikan OPR,” katanya.

Jelas Ahli Parlimen Bagan itu, Nor Shamsiah juga telah melahirkan kebimbangan bahawa inflasi teras kekal pada paras tinggi, sekali gus memerlukan kadar OPR dinaikkan.

“Ini telah menyebabkan sedikit kekeliruan kerana inflasi teras sebenarnya telah menyederhana kepada 3.9% pada suku pertama 2023 (diumumkan pada April tahun ini) berbanding suku akhir pada 2022 sebanyak 4.2% (diumumkan pada Januari tahun ini).

“Jika inflasi teras menjadi kebimbangan utama, mengapa terdapat dua jeda kadar faedah tanpa kenaikan OPR oleh BNM pada Januari dan Mac 2023, walaupun inflasi teras lebih tinggi pada 4.2% pada suku akhir 2022 berbanding 3.9% pada tahun suku pertama 2023,” katanya.

Bank Negara - Gambar oleh Sairien Nafis
Bank Negara - Gambar oleh Sairien Nafis

BNM jelas Guan Eng, selaku agensi yang amat mengambil berat tentang inflasi keseluruhan dan teras sepatutnya segera menaikkan OPR pada Januari dan Mac 2023 apabila inflasi bagi suku akhir 2022 lebih tinggi dan tidak menunggu sehingga sekarang.

“Walaupun BNM tidak menaikkan OPR pada Januari dan Mac tahun ini, kedua-dua inflasi keseluruhan dan inflasi teras berjaya menurun masing-masing kepada 3.4% dan 3.8% pada Mac 2023. 

“Kedua-dua inflasi keseluruhan dan teras telah berjaya dikawal walaupun tiada kenaikan OPR oleh BNM,” katanya.

Beliau memberitahu, senario itu menimbulkan persoalan terhadap rasional BNM menaikkan OPR secara mengejut pada 3 Mei tanpa sebarang bukti peningkatan inflasi.

Langkah itu tambah Guan Eng, hanya  menyebabkan kesusahan kewangan yang tidak perlu kepada peminjam, khususnya individu serta Perusahaan Kecil dan Sederhana (PKS). 

“Kejutan kenaikan OPR ini akan paling dirasai oleh peminjam bank, terutamanya pemilik kenderaan, rumah, dan kad kredit serta PKS dengan beban kewangan yang lebih berat.

“Selain daripada peminjam, ekonomi juga mungkin mengalami kadar faedah yang lebih tinggi, sekali gus  merencatkan pertumbuhan ekonomi yang sudah sedia terjejas oleh ketidaktentuan global akibat kemelesetan global yang diterajui Amerika Syarikat (AS),” katanya. - Getaran, 14 Mei 2023

Sorotan

1

Abd Halim Bangga Jadi Anak Nelayan, Beri Kelebihan Dalam Acara Kolam Renang

2

8 Termasuk 7 Pesilat Cedera Ringan MPV Dinaiki Langgar Lori

3

Lim Kit Siang, Allahyarham Nik Abdul Aziz Terima Gelaran Tan Sri

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Jurukamera Agensi Berita Maut Kemalangan Di Lebuh Raya Karak

Semasa 1 hari yang lalu

Islam Perintah Kasihi Haiwan, Ia Adalah Ibadah Kepada Allah

oleh Farhana Farush

Semasa 20 jam yang lalu

Naik Taraf, Perindah Medan Selera Demi Keselesaan Rakyat - Pakar

Sukan 1 hari yang lalu

Anak Buah Hilang Keyakinan Punca Perak Tewas Kepada Terengganu - Yusri Che Lah