web statsweb stats

Berita Terkini

5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini 7 bulan yang lalu: PRN Sabah: Penamaan calon ialah pada 15 November manakala mengundi awal pada 25 November - SPR 8 bulan yang lalu: Semua kapal yang menyertai misi FFCxTMTGM telah dipintas tentera Israel dalam lingkungan 120 batu nautika dari Gaza - MyCARE

IKUTI KAMI


670 Petugas Haji Tahun Ini, 160 Telah Berlepas Ke Tanah Suci

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 3:57PM

Sebahagian daripada petugas TH mengaminkan doa sebelum berlepas Tanah Suci, hari ini. - Gambar dari Facebook Tabung Haji

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Seramai 670 orang petugas berpengalaman dari Lembaga Tabung Haji (TH) dan pelbagai agensi kerajaan lain akan bertugas sepanjang musim haji pada kali ini. 

Pengarah Eksekutif Haji TH, Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata, daripada jumlah itu, 340 terdiri daripada petugas kebajikan serta 296 adalah kakitangan perubatan. 

Menurut beliau, 34 lagi adalah petugas yang terdiri daripada agensi luar seperti Jabatan Pendaftaran Negara, Jabatan Kebajikan Masyarakat serta media.

"Seramai 160 petugas kumpulan kedua TH telah berlepas ke Tanah Suci, hari ini demi melakukan persedian awal bagi menyantuni jemaah haji dari Malaysia. 

"Mereka terdiri daripada petugas kebajikan, perubatan, beberapa agensi luar serta media. Keberangkatan semua petugas secara berperingkat menerusi beberapa siri penerbangan sepanjang fasa pertama operasi haji tahun ini," katanya menerusi kenyataan, hari ini. 

Syed Saleh Syed Abdul Rahman
Syed Saleh Syed Abdul Rahman

Syed Saleh berkata, kumpulan pertama yang terdiri daripada 16 petugas perubatan dan petugas teknologi maklumat (IT) telah berlepas ke Makkah, kelmarin. 

"Ia akan disusuli dengan tiga kumpulan besar pada hari ini (14 Mei), 18 Mei dan 20 Mei," katanya. 

Sementara itu, beliau menegaskan penerbangan pertama jemaah haji Malaysia akan bermula pada 21 Mei ini manakala penerbangan pulang yang terakhir adalah pada 1 Ogos hadapan. 

Jelasnya, TH menjangkakan Hari Wukuf jatuh pada hari Selasa, 27 Jun depan. 

"Sebanyak 98 penerbangan sewa khas digunakan untuk membawa kesemua jemaah haji Malaysia, melibatkan Syarikat Penerbangan Malaysia Airlines dan Saudia. 

"Lapan stesen berlepas akan digunakan untuk para jemaah haji di seluruh Malaysia bagi urusan melapor diri, antaranya di Kota Bharu,

Kuala Terengganu, Kedah, Bayan Lepas, Senai, Kuching, Kota Kinabalu dan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA)," katanya. - Getaran, 14 Mei 2023.






 

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 17 jam yang lalu

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

oleh Sophia Ahmad

Politik 17 jam yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad

Semasa 17 jam yang lalu

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

Semasa 1 hari yang lalu

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan