web statsweb stats

Berita Terkini

4 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 4 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


Jemaah Haji Diingatkan Jaga Nama Baik Negara, Jangan Langgar Undang-Undang

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 14 May 2023 9:44AM

Menyalah guna visa umrah atau pelancongan bukan sahaja melanggar undang-undang negara Arab Saudi, malah akan mengeruhkan hubungan baik antara kedua-dua negara - Gambar Hiasan

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

PUTRAJAYA - Rakyat Malaysia yang akan menunaikan haji dinasihatkan supaya menjaga nama baik negara dan tidak melakukan perbuatan yang menyalahi undang-undang termasuk menyalah guna visa umrah atau pelancongan.

Pengarah Eksekutif Lembaga Tabung Haji Datuk Seri Syed Saleh Syed Abdul Rahman berkata perbuatan tersebut bukan sahaja melanggar undang-undang negara Arab Saudi, malah akan mengeruhkan hubungan baik antara kedua-dua negara.

“Bukan saja tahun ini, tapi pada tahun lepas pun ada juga yang melaksanakan perkara itu dan saya boleh menyatakan mereka telah dikenal pasti oleh kerajaan Arab Saudi,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Kursus Perdana Haji Peringkat Wilayah Persekutuan di Masjid Putra, di sini, malam ini.

Beliau berkata perkara tersebut tidak boleh dipandang remeh kerana pihak berkuasa negara itu akan menjalankan pemeriksaan dan berhak untuk mengambil tindakan sewajarnya.

 Sementara itu, Syed Saleh berkata kira-kira 1,600 bakal jemaah haji menyertai kursus perdana anjuran Lembaga Tabung Haji tersebut yang dilaksanakan secara berperingkat di seluruh negara bermula 29 April hingga esok.

Penerbangan pertama jemaah haji negara adalah pada 21 Mei ini. - Bernama

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 2 jam yang lalu

Diperdaya Sindiket Kerja Sambilan Dalam Talian, Suri Rumah Rugi Hampir RM100,000

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Politik 3 jam yang lalu

PRN Johor 11 Julai, PRN Negeri Sembilan 1 Ogos - SPR

oleh Sophia Ahmad