web statsweb stats

Berita Terkini

1 jam yang lalu: PRN Negeri Sembilan: Hari pencalonan 18 Julai, undi awal 28 Julai dan hari mengundi 1 Ogos - SPR 1 jam yang lalu: PRN Johor: Hari pencalonan 27 Jun, undi awal 7 Julai dan hari mengundi 11 Julai - SPR 5 bulan yang lalu: Najib Razak dijatuhkan hukuman penjara 15 tahun dan denda RM11.4 bilion untuk kesemua 25 pertuduhan 6 bulan yang lalu: Ketua UMNO Sabah, Datuk Seri Bung Mokhtar Radin disahkan meninggal dunia 7 bulan yang lalu: Ismanira Abdul Manaf, ibu kepada kanak-kanak autistik, Zayn Rayyan didapati bersalah atas tuduhan pengabaian anak hari ini

IKUTI KAMI


PM Arah Pihak Berkuasa Siasat Pihak Terlibat Rasuah Sebabkan Negara Rugi

Semasa Dikemaskini 3 tahun yang lalu · Diterbitkan pada 13 May 2023 2:20PM

Anwar ketika tiba di program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka di sini hari ini. - Gambar oleh Azim Rahman 

Kongsi Artikel Ini

Langgani saluran Telegram kami untuk berita terkini dan paparan gaya hidup pelengkap hari anda.

KUALA LUMPUR - Perdana Menteri Datuk Seri Anwar Ibrahim mengarahkan pihak berkuasa khususnya Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) untuk menyiasat pihak yang bertanggungjawab atas kerugian ditanggung negara akibat rasuah. 

Beliau berkata selain SPRM, agensi lain yang diarahkan termasuk Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN), Bank Negara Malaysia (BNM) dan Jabatan Siasatan Jenayah Komersil, Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengambil apa saja langkah, mengikut jalur perundangan untuk bertindak.

"Kita kena suarakan (rasuah) tetapi saya tidak boleh berikan petunjuk satu persatu melainkan arahan umum kerana ada orang-orang diketahui, rasuah berbilion... Dah puluh tahun tapi selamat, tidak berani disentuh (sesiapa).

"Apa erti negara, kekuatan undang-undang kalau kita minta polis, LHDN, ambil tindakan di bawah tapi yang di atas itu terlepas dan kumpulan harta itu puluh-puluh bilion ringgit. Itu sebab maka saya bagi arahan umum dan saya harap rakyat tak kira parti, tak kira kaum bagi sokongan terhadap tindakan ini," katanya selepas menghadiri program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka di sini hari ini. 

Beliau berkata demikian ketika ditanya mengenai tindakan khusus bagi mencari pihak terlibat kes rasuah berikutan statistik dikeluarkan EMIR Research iaitu Malaysia dianggarkan berdepan dengan jumlah kerugian sebanyak RM4.5 trilion dalam tempoh 26 tahun disebabkan rasuah dan ketirisan.

Orang ramai memenuhi Dataran Merdeka untuk menghadiri program Aidilfitri Malaysia MADANI di sini hari ini. 
Orang ramai memenuhi Dataran Merdeka untuk menghadiri program Aidilfitri Malaysia MADANI di sini hari ini. 

Anwar yang juga Menteri Kewangan berkata jumlah kerugian sebenar belum dapat dipastikan oleh itu, kerajaan kekal dengan keputusan dasar untuk memerangi rasuah walaupun menerima serangan dan tentangan kelompok yang korup.

"Saya jadikan ini sebagai suatu keputusan dasar yang sangat serius walaupun mendapat serangan ataupun percubaan kelompok-kelompok, terutama yang kaya, yang kaya tak apa tapi yang korup, yang harta berbilion-bilion, di dalam dan luar negara, yang menyoroknya, itu mereka nampaknya kumpul, kekuatan untuk lawan. 

"Saya sudah ambil satu keputusan dan tekad masalah Malaysia ini mesti diselamatkan daripada penyakau-penyakau ini dan ini memerlukan tekad politik yang jelas, yang tegas. 

"Bukan soal kaum bukan soal penganut agama berbeda, ini soal karakter, soal akhlak, soal nilai. Walaupun dipermainkan, saya faham masalah ini dan kita mahu rakyat faham dan bersama menyerang dan menghentikan (rasuah)," katanya.

Kambing bakar, antara menu istimewa pada program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka di sini hari ini. 
Kambing bakar, antara menu istimewa pada program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka di sini hari ini. 

Program Aidilfitri Malaysia MADANI @ Dataran Merdeka yang dianjurkan Jabatan Agama Islam Wilayah Persekutuan (JAWI) bersama gabungan masjid dan surau Jumaat di Wilayah-Wilayah Persekutuan serta Majlis Agama Islam Wilayah Persekutuan (MAIWP) itu menghimpunkan 120 masjid dan surau terpilih bagi menyediakan gerai jamuan dalam menyantuni tetamu daripada pelbagai lapisan masyarakat.

Program itu turut dihadiri Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Datuk Dr Mohd Na'im Mokhtar, Datuk Bandar Kuala Lumpur Datuk Kamarulzaman Mat Salleh dan Pengarah JAWI Datuk Mohd Ajib Ismail. - Bernama

Berita Berkaitan

1

Semasa 2 hari yang lalu

PM Diberi Sambutan Rasmi Di Pejabat Takaichi

2

Semasa 4 hari yang lalu

PM Puji Keberkesanan Kementerian Komunikasi Perjelas Pelaksanaan BUDI95

3

Politik 5 hari yang lalu

‘PRN Johor Bukan Keutamaan Saya, Pemulihan Ekonomi Masih Fokus Kerajaan Persekutuan’ – Anwar

4

Politik 1 minggu yang lalu

‘Keutamaan Kami Mentadbir Negara, Bukan Layan Spekulasi Tarikh PRU’ - Anwar

Sorotan

1

Pemandu Rentung Kenderaan Terbakar Selepas Kemalangan

2

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

3

Penganggur Dituduh Bunuh Kenalan, Mayat Ditemukan Dalam Gulungan Tilam  

4

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

5

Tuanku Muhriz Masih Yamtuan Besar Negeri Sembilan Yang Sah - KJ

6

Ops Bersepadu Khazanah Bongkar Aktiviti Pemburuan Haram, 8 Warga Myanmar Ditahan

Disyorkan untuk anda

Semasa 1 hari yang lalu

Tragedi Simpang Renggam: Suspek Dibebaskan Dengan Jaminan Polis

oleh Sophia Ahmad

Luar Negara 5 minit yang lalu

Puteri Thailand Mangkat Selepas Komplikasi Kesihatan Berpanjangan

oleh Amirah Abu Bakar

Semasa 1 hari yang lalu

Gelaran Tan Sri Untuk Isa Samad Ditarik Balik 

oleh Sophia Ahmad

Politik 1 hari yang lalu

PRN Johor: Kerajaan Negeri Johor Terus Jalankan Tugas Pentadbiran 

oleh Sophia Ahmad